BAHANG  LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2013 KIAN DI RASAI

BAHANG LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2013 KIAN DI RASAI

 
 
 

BAHANG  LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2013 KIAN DI RASAI
Oleh : Junaidin Bardin (Unit komunikasi Korporat )
[email protected]
 
PUTRAJAYA, 7 Januari 2013 – Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang membawa slogan “ The Heat is on ”…



Advert ID #6139

Full Description


 




 

 

BAHANG  LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2013 KIAN DI RASAI

Oleh : Junaidin Bardin (Unit komunikasi Korporat )

[email protected]

 

PUTRAJAYA, 7 Januari 2013 – Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang membawa slogan “ The Heat is on ”atau “ Bahang Kian di Rasai “ akan bermula secara rasmi di Kangar pada 21 Februari nanti.

 

            Jelajah ini di naungi Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI ) dan dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF).

 

            Hanya sekali sahaja di dalam sejarah penganjuran LTdL, perlumbaan pendakian ke Genting Highlands tidak diadakan iaitu pada tahun 2008 kerana masalah keselamatan pelumba ekoran pembinaan jalan ke puncak pusat peranginan itu. Pada tahun ini, semua laluan perlumbaan mendaki Genting Highlands diteruskan dan menjadi peringkat wajib (queen-stage) pada kali ini.

 

            Pada peringkat queen-stage ini juga sentiasa menjadi bualan pada semua pelumba kerana memang diakui oleh semua pelumba ia adalah adalah satu laluan yang sangat mencabar .

 

            Naib Presiden Khidmat Korporat Genting Malaysia Berhad, Dato’ Kay Prakash menyerahkan Replica cek dan jersi merah Raja Bukit LTdL 2013 kepada MenterI Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dalam majlis sidang media yang berlangsung di menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

 

            Menurut Dato’ Sri Ahmad Shabery, kita berbangga dengan adanya sokongan serta kerjasama pihak swasta yang tampil memberi sumbangan bagi edisi ke-18 LTdL kali ini. Genting Malaysia Berhad sekali lagi meneruskan penajaannya dengan sumbangan berjumlah RM800,000.00 dalam bentuk barangan dan tunai.

 

            Beliau berharap edisi kali ini membuka peluang dan ruang kepada pasukan negara atau pelumba tempatan seperti pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) yang popular pada masa kini yang mampu bersaing memberikan cabaran kepada pasukan atau pelumba luar yang jauh lebih berpengalaman dan mempunyai fizikal yang besar dan kuat.

 

            Turut serta dalam sidang media ini Ketua Setiausaha KBS Dato’ Mohid  Mohamed dan  Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN ), Dato’ Sri Zolkples Embong.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

           

           

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply