BELIA PALESTIN TURUT MERIAHKAN  FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

BELIA PALESTIN TURUT MERIAHKAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

 
BELIA PALESTIN TURUT MERIAHKAN  FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013
Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )[email protected]
 
PUTRAJAYA, 16 Januari  2013 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, hari ini m…



Advert ID #6215

Full Description





 

BELIA PALESTIN TURUT MERIAHKAN  FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013


Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
[email protected]

 

PUTRAJAYA, 16 Januari  2013 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, hari ini menerima kunjungan seramai 10 orang  deligasi dari Palestin yang mewakili Organisasi Kebudayaan Palestin di Malaysia (PCOM) di pejabatnya di sini.

 

            Mereka terdiri daripada pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia dan belia Palestin yang bekerja di negara ini. Pada kunjungan tersebut, perbincangan dua hala antara dua pihak turut diadakan. Hasil perbincangan itu, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa beberapa program bersama belia Palestin akan diadakan.

 

            Beliau berhasrat untuk mengangkat cadangan untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan membabitkan kedua-dua negara sebagai satu program amal bagi mengisi Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin. Katanya, walaupun kedudukan pasukan bola sepak Palestin jauh lebih baik dari Malaysia boleh dijadikan medan untuk menguji kekuatan pasukan negara berbanding lawannya seperti mempunyai kedudukan di ranking yang hampir sama dengan Malaysia.

 

            Selain itu, beliau turut membuka pintu untuk  penglibatan belia Palestin di dalam penganjuran Festival Belia Putrajaya 2013 pada Mei akan datang.  Pada Festival tersebut, belia-belia Palestin akan mengambil bahagian dengan mengadakan pameran, pertunjukan kebudayaan dan lain-lain aktiviti bagi menampilkan keistimewaan serta keunikan yang terdapat di negara mereka.

 

            Sementara itu, Pengerusi PCOM, Muslim Abu Umar berkata, kunjungan deligasi belia Palestin  ke Kementerian adalah bagi mendapatkan informasi baharu tentang aktiviti belia di Malaysia untuk dikongsi bersama belia mereka yang berada di Palestin mahupun di Malaysia. Dianggarkan seramai 3,000 warga Palestin berada di Malaysia sama ada melanjutkan pelajaran mahupun bekerja.

 

            Beliau juga menyatakan keterujaannya menyertai Festival Belia Putrajaya 2013 yang dianggap sebagai salah satu festival terbesar di dunia nanti  dengan mengadakan beberapa aktiviti yang menonjolkan kebudayaan Palestin di samping meraih sokong dari rakyat Malaysia sebagai semangat kepada rakyat Palestin dalam menghadapi pelbagai isu dan situasi yang melanda negara mereka.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply