BELIA SARAWAK MENYAHUT SERUAN 1M4U

BELIA SARAWAK MENYAHUT SERUAN 1M4U

 
BELIA SARAWAK MENYAHUT SERUAN 1M4U
Oleh : Mohd Naqiuddeen Esa, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
[email protected]
 
MIRI, 11 Oktober 2012 – Program 1M4U yang telah dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia pada 15 Julai 2012 yan…



Advert ID #3287

Full Description





 

BELIA SARAWAK MENYAHUT SERUAN 1M4U

Oleh : Mohd Naqiuddeen Esa, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

[email protected]

 

MIRI, 11 Oktober 2012 – Program 1M4U yang telah dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia pada 15 Julai 2012 yang lalu telah disambut baik oleh belia-belia Sarawak dengan turut menyumbang bakti melalui aktiviti kesukarelawan dan kebajikan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PIBAKIS) Miri, Sarawak.

 

Sempena dengan pelaksanaan Kursus Peningkatan Kecemerlangan Kakitangan yang telah dilaksanakan khusus kepada pegawai dan kakitangan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak pada 8 hingga 10 Oktober 2012,   BPSM dengan kerjasama  Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Sarawak telah mengambil peluang untuk menerapkan semangat kesukarelaan dikalangan peserta melalui Program 1M4U di pusat jagaan bagi kanak-kanak sindrom down dan cacat fizikal.

 

Seramai 60 orang sukarelawan telah terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut yang terdiri daripada  kakitangan IKBN Miri dan belia setempat dengan melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong-royong, menanam pokok, mengecat ruang pembelajaran dan membersihkan kawasan sekitar PIBAKIS.

 

Majlis penutup program telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Hj. Razali bin Mohamad. Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap komitmen  belia- belia di Sarawak dalam menyahut seruan kerajaan melalui  aktiviti kemasyarakatan dan keperihatinan mereka terhadap kesejahteraan masyarakat dikomuniti mereka.

 

Beliau turut menyampaikan sumbangan meja dan peralatan ping pong bagi pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri kepada pihak PIBAKIS.  Turut hadir ialah En. Goh Yong Kiet, Penolong Pengarah dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri.

 

Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat)

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply