FORUM PERDANA PEMBUKA TIRAI KARNIVAL ASTRO FIESTA PARLIMEN PAPAR

FORUM PERDANA PEMBUKA TIRAI KARNIVAL ASTRO FIESTA PARLIMEN PAPAR

 
 
 

FORUM PERDANA PEMBUKA TIRAI KARNIVAL ASTRO FIESTA PARLIMEN PAPAR
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia, KBS
PAPAR, 5 Januari 2013 – Karnival Astro Fiesta Mesra Parlimen Papar dimulakan dengan acara Forum Perdana yang bermula pa…



Advert ID #6142

Full Description


 




 

 

FORUM PERDANA PEMBUKA TIRAI KARNIVAL ASTRO FIESTA PARLIMEN PAPAR

Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia, KBS

PAPAR, 5 Januari 2013 – Karnival Astro Fiesta Mesra Parlimen Papar dimulakan dengan acara Forum Perdana yang bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Padang Pekan Papar. Panel jemputan  adalah Imam Muda Ahmad Hazran dan Ustaz Mukhliz manakala moderator adalah Tuan Haji Lamsin. Dianggarkan seramai 600 orang yang hadir dalam majlis ilmu  tersebut.

            Antara tajuk yang dikupas dalam forum  tersebut  adalah berkenaan bagaimana seorang hamba Allah mensyukuri nikmat yang diberi  dan  bagaimana pula kita melaksanakan amanah yang diberi.  Panel menerangkan  bahawa mensyukuri nikmat bukan semata-mata dengan beribadah sahaja akan tetapi banyak perkara yang pasti diambil kira di akhirat kelak.

Sebagaimana keadaan kita di Malaysia ini, selaku rakyat Malaysia kita harus bersyukur dengan keamanan, kesejahteraan, kestabilan ekonomi, dan kesihatan yang kita kecapi. Seterusnya dikaitkan dengan melaksanakan amanah yang dipikul khususnya terhadap pemimpin seperti pemimpin keluarga, pemimpin sesebuah kumpulan atau persatuan dan sehinggalah pemimpin politik.

Kehadiran para pelajar dari beberapa institusi pengajian berhampiran memeriahkan lagi suasana dengan pelbagai persoalan yang ditimbulkan. Sebenarnya ilmu-ilmu agama ini luas dan tidak cukup dibincangkan dengan hanya beberapa jam. Namun perkongsian yang bermakna ini sedikit sebanyak membuka minda para hadirin.

Pada penggulungan atau kesimpulan yang dibentangkan oleh panel, salah satu yang benar-benar menyentuh hati adalah perkataan atau ungkapan daripada Ustaz Mukhliz iaitu “jangan kufur nikmat yang diberi kerana sebahagian daripada kita adakalanya lalai menjalankan tanggungjawab. Sememangnya itulah lumrah manusia. Namun, berpegang teguhlah pada ajaran Allah. InsyaAllah kita akan sentiasa berada pada landasan yang betul.”

Disunting oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply