Institut Pendidikan Hira- Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Hira- Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah

Falsafah.

Pendidikan yang berteraskan Tauhid bermatlamat untuk membina, membentuk dan melahirkan insan Rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan



Advert ID #44966

Full Description


Institusi Pendidikan Hira bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) pada tahun 1985 di Seksyen 3 Shah Alam, Selangor. Bagi menampung pertambahan pelajar, pada tahun 1987, SRIH telah berpindah ke tapak yang disewa di Lot 237 -S Kampung Batu Belah, 42100 Klang Selangor. SRIH telah mengambil bahagian dalam peperiksaan UPSR dan SDE (SPRA) mulai 1993.




Sehingga tahun 1990, genap tahap persekolahan dari tahun 1 hingga tahun 6. Generasi pertama SRIH telah melanjutkan pengajian mereka di SMI AL-Amin Kuala Lumpur di tingkatan satu. Awal 1992, pelajar-pelajar ini kembali menyambung persekolahan di SMI Hira’ di Kampung Batu Belah Klang. Mereka telah menduduki PMR pada tahun 1993 dan SPM pada tahun 1995. Menjelang 1999 SMIH telah berpindah ke tapak sendiri di Jeram Kuala Selangor.

Beberapa orang pelajar telah menyambung pengajian Al-Quran di Mahaad Tahfiz Quran Hira’. Beberapa orang pelajar pernah mendapat biasiswa pelajaran ke Kuwait.

Kebanyakan pelajar lepasan SMIH berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS di dalam mahupun luar negara. Dalam tahun 1995 juga pihak Institusi telah mengambil alih sebuah tadika dan telah diuruskan sepenuhnya dengan nama Tadika Islam Hira’ Rantau Panjang. Kemudian tadika dibuka di Batu Belah dan Jeram.

 

Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan berpindah ke Kg. Batu Belah Klang pada 1987 hingga sekarang. SRIH telah berdaftar dengan JAIS pada tahun 1993 (No:002/1dibawah Enakmen no .2 1988) dan dengan KPM pada tahun 1999 (No: Sel/ 1694/ 99) Baru (B1C 0039). Pada tahun 2003, sekali lagi SRIH telah didaftarkan semula dengan JAIS dengan pendaftaran sementara di bawah Enakmen No.2 1988 Pindaan No.7 2001. SRIH menjalankan sistem pendidikan bersepadu dengan KBSR dan kurikulum diniyyah (MGBSIM/MUSLEH) serta Kurikulum Bersepadu Hira’.

SRIH mula mengambil UPSR pada tahun 1995 hingga sekarang . Dalam bidang ko-kurikulum murid tahap 2 diwajibkan mengikuti pakaian seragam Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia ( MGBSIM ) kini telah ditukar kepada Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan boleh memilih untuk terlibat dalam persatuan dan kelab seperti Kelab Nasyid dan Kompang, Tae Kwan do dan Silat Gayong.

SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA

Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1991, bertempat di Batu Belah, Klang. Pada ketika itu, hanya terdapat 50 orang dengan enam orang pengajar. Kini pertambahan pelajar telah meningkat kepada 415 orang di sekitar Lembah Klang dengan 42 orang tenaga pengajar.

Sekolah Menengah Islam Hira’ sejak diwujudkan telah mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat Islam untuk menampung jumlah pelajar yang bertambah pada sesi 1998. Pada Disember 1998, Sekolah Menengah Islam Hira’ telah berpindah ke premis baru di Jeram.

Sekolah Menengah Islam Hira’ merupakan sebuah institusi lanjutan daripada Sekolah Rendah Islam Hira’. Ianya mula beroperasi melalui pengambilan pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Permintaan dari pelajar-pelajar baru semakin bertambah pada setiap tahun, namun kuantiti kemasukan terpaksa dihadkan demi memastikan faktor-faktor keberkesanan pengajaran, pembelajaran, pendidikan dan dengan mengambil kira jumlah ruang yang terhad. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam telah menerima sistem pendidikan Islam bersepadu yang diterajui oleh SMI Hira’.

Sekolah Menengah Islam Hira’ telah menjalankan sistem Pendidikan Islam Bersepadu dengan KBSM dan kurikulum Diniyyah (MUSLEH). SMIH telah beroperasi secara sekolah berasrama penuh pada tahun 1999 di Jeram. Pendidikan di SMIH bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Selepas PMR, pelajar di tingkatan empat meneruskan pengajian dalam dua aliran samada aliran sains agama atau syariah vokasional sebelum menduduki peperiksaan SPM.

Dalam bidang ko-kurikulum, pelajar diwajibkan mengikuti sistem mentor menti, aktiviti pakaian seragam Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) dan boleh memilih untuk menyertai apa-apa persatuan dan kelab seperti Persatuan Bahasa, Kelab Nasyid, Tae Kwan Do, Silat Gayong dan sebagainya.

MAKLUMAT KONTAKS
SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA

1.Sekolah Rendah Islam Hira
Lot 237 S kampong Batu Belah
42100 Klang Selangor Darul Ehsan.
Telefon :0333424880
Faks : 0333427760
Email : [email protected]
website : www.hira.edu.my

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Category

Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply