KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

 
 
KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
 
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh, Unit Komunikasi Korporat
[email protected]
 
Subang Jaya, 14 Oktober 2012 – Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia…



Advert ID #3289

Full Description





 

 

KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

 

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh, Unit Komunikasi Korporat

[email protected]

 

Subang Jaya, 14 Oktober 2012 – Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Pusat Membeli Belah The Summit USJ telah berjaya menganjurkan Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan dengan jayanya yang berlangsung pada 12 hingga 14 oktober 2012 bertempat di The Summit USJ.

 

Karnival Kecergasan tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai RM 40 ribu keseluruhannya telah menarik penyertaan dari setiap negeri dalam kesemua kategori yang dipertandingkan. Kategori yang dipertandingkan ialah Hip Hop, Step Board, Fit Ball, Aerobik, Lompat Tali, dan Bina Badan (Mr. Gim 1Malaysia).

 

Majlis penutup karnival tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Mohid Mohamed. Pada majlis tersebut, johan keseluruhan Karnival Kecergasan telah disandang oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kedua oleh Wilayah Persekutuan Labuan dan ketiga oleh negeri Sarawak.

 

Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2012 dilaksanakan bagi merangsang masyarakat menghayati konsep “Sukan Untuk Semua” dengan memfokuskan kepada pembentukkan budaya bersukan selari dengan slogan kearah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu.

 

Penganjuran karnival tersebut telah terbukti dapat memainkan peranan dalam menyatupadukan dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Majoriti penyertaan yang terdiri daripada golongan remaja dan belia diharap dapat membantu usaha kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan cergas.

 

Disunting : Aziah bt. Ahmad ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

 

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply