KAYUHAN CERGAS MINGGUAN KBS

KAYUHAN CERGAS MINGGUAN KBS

 
 
 

KAYUHAN CERGAS MINGGUAN KBS
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
[email protected]
 
PUTRAJAYA, 17 JANUARI 2013 –  Pelumba basikal trek negara, Azizul Hasni Awang adalah diantara 40 peserta yang menga…



Advert ID #6212

Full Description


 




 

 

KAYUHAN CERGAS MINGGUAN KBS

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

 

PUTRAJAYA, 17 JANUARI 2013 –  Pelumba basikal trek negara, Azizul Hasni Awang adalah diantara 40 peserta yang mengambil bahagian di dalam program kayuhan cergas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejauh 24 kilometer mengelilingi bandar Putrajaya petang tadi.

            Program yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek  ini adalah program kedua yang diperkenalkan KBS dalam usaha melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas. Program Kayuhan Cergas ini akan diadakan pada setiap Rabu mulai jam 5.00 petang dengan berlainan laluan di sekitar bandar pentadbiran ini.

            Program ini adalah cetusan idea  Menteri Belia dan Sukan sendiri yang selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Negara bagi menggalakkan penglibatan ramai masyarakat dalam kegiatan sukan dan kecergasan. Pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk mempromosi Gaya Hidup Aktif dan Cergas dengan bersukan serta menjadikan Putrajaya sebagai Kota Mesra Belia melalui program kecergasan dan sukan.

            Hujan yang turun disepanjang laluan tidak menghalang kesemua peserta menamatkan kayuhan tersebut yang ternyata memberi pengalaman dan pendedahan tentang keindahan Putrajaya. Menurut sumber, warga KBS serta peminta-peminat berbasikal dipelawa untuk menyertai program ini setiap minggu. Untuk tujuan program, Basikal Bukit (Mountain Bike) dan topi keselamatan berbasikal akan disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan manakala mana-mana peserta yang ingin atau akan menggunakan basikal sendiri, amat dialu-alukan dan  semua peserta diingatkan untuk memakai topi keselamatan.

          Mereka yang berminat boleh untuk mendapatkan keterangan menghubung dengan  Mohd Uzaini  Mohamad Sani di talian 03 – 8871 3172 / 012 – 7600 467 atau  Nik Mohd Fitra  Wan Jaffar di talian 03-8871 3179 / 012-7591 958.

 

Disunting oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

[email protected]

 

 

.

 

 

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply