LAWATAN KE INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)

LAWATAN KE INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)

 

 
LAWATAN KE INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)

Disediakan oleh : MOHD IKHWAN BIN MOHD RAZULLY, Bahagian Pembangunan Belia
m.ikhwan@kbs,gov.my
 

KUALA LUMPUR, 6 NO…



Advert ID #5593

Full Description


 




 

LAWATAN KE INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)


Disediakan oleh : MOHD IKHWAN BIN MOHD RAZULLY, Bahagian Pembangunan Belia

m.ikhwan@kbs,gov.my

 

KUALA LUMPUR, 6 NOV 2012 : Seramai 26 orang peserta program Perdana Leader Fellowship telah menyertai lawatan sambil belajar bangunan Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi melihat sendiri peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membangunkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang di hormati serantau dunia.

Lawatan ke IDFR disambut oleh Pegawai Khas Ketua Pengarah Institut iaitu Puan Nadhirah Mohamad Zanudin. Peserta dibawa ke bilik Triti dan diberikan  taklimat oleh Cik Romaizan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Kanan, dari Bahagian Latihan IDFR  berkenaan peranan IDFR dalam memberikan latihan serta kursus kepada Pegawai-Pegawai Diplomatik serta penjawat awam di dalam bidang-bidang yang ditawarkan. Peserta juga turut berkesempatan untuk mengajukan berapa soalan berkaitan peranan IDFR kepada YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR dan Ambassador Aminahtun Haji. A.Karim, Timbalan Ketua Pengarah, IDFR.

Menurut salah seorang peserta Perdana Leader Fellowship, En. Bushan Radhiburman M.K Mathavan, “ Saya amat kagum dengan peranan yang dimainkan oleh IDFR dalam melatih diplomat-diplomat Malaysia, latihan dan kursus yang dikendalikan oleh institut tersebut memang padat dan bertaraf antarabangsa sehingga perkhidmatannya diiktiraf oleh diplomat dari luar negara”.

Lawatan diteruskan lagi ke Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang bersebelahan Kuala Lumpur Sentral. Peserta dibawa ke Bilik Mesyuarat Jepun bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cik Zuraini Mustapha,Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Penggalakan Pelaburan Tempatan, MIDA. Peserta diberi penerangan tentang fungsi-fungsi MIDA dalam Sektor Pengilangan dan Perkhidmatan. Fungsi MIDA termasuklah dari segi promosi, penyelidikan dan pembangunan, Pemantauan dan Penilaian.

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply