MBM ANJUR GOLF AMAL 2012

MBM ANJUR GOLF AMAL 2012

 
 

MBM ANJUR GOLF AMAL 2012
Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan, Unit Komunikasi Korporat, KBS
[email protected]
 
PUTRAJAYA, 30 Oktober 2012 – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyasarkan sekurang-kurang setengah juta ringgit melalui ku…



Advert ID #5071

Full Description


 




 

MBM ANJUR GOLF AMAL 2012

Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan, Unit Komunikasi Korporat, KBS

[email protected]

 

PUTRAJAYA, 30 Oktober 2012 – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyasarkan sekurang-kurang setengah juta ringgit melalui kutipan sumbangan atau penajaan melalui pertandingan golf amal atau Golf For  Charity “Youth Love Peace” yang akan di adakan di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 17 November nanti.

          Pertandingan yang melibatkan melibatkan seramai 120 pemain melalui 30 flight bakal disertai Perdana Menteri bertujuan mencari dana untuk kebajikan dan pembangunan belia di negara ini. Melalui kerjasama dua hala, MBM dan sektor  swasta akan merealisasikan pertandingan ulung sebagai satu transformasi mendekatkan belia dengan sukan yang berprestij dan mempunyai ramai peminat.

 

          Menurut Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rafiee, program ini merupakan jaringan pintar atau “Smart Partnership” di antara MBM dan agensi swasta serta awam dalam memperoleh dana dan pembiayaan bagi perlaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.

 

          “Penganjuran MBM Golf For Charity 2012 ini bertujuan untuk menaikkan nama pergerakan belia di Malaysia agar setaraf  dengan agensi kerajaan dan korporat dalam Negara pada masa kini,” ujarnya pada majlis pra–pelancaran Golf For Charity 2012 – Youth Love Peace oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

 

          “Menerusi golf tegasnya,  MBM berusaha untuk membina rangkaian hubungan di kalangan sektor korporat, pentadbiran dan professional memandangkan golf merupakan salah satu medium terbaik bagi MBM untuk mendekati golongan ini. Program ini ibarat sebagai batu loncatan agar MBM  dapat dikenali dengan lebih meluas dalam aspek kerja-kerja dan aktiviti belia.”

 

          MBM mensasarkan penyertaan sebanyak 30 ‘flight’ melibatkan seramai 120 pemain golf dengan yuran penyertaan penajaan minimum sebanyak RM5,000 dan minimum RM100,000 bagi penaja platinum. Pihak MBM juga mensasarkan sekurang-kurangnya RM500,000 bagi penaja awam dan swasta yang akan bekerjasama dalam menjayakan program MBM Golf For Charity 2012 “ Youth Love Peace ”. Hasil dana yang dikumpul menerusi program ini akan disalurkan kepada program-program pembangunan belia di peringkat akar umbi serta tabung kebajikan belia.

 

          MBM turut menyeru kepada syarikat-syarikat swasta yang ingin menaja program MBM Golf For Charity 2012 ini dan bagi orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MBM Golf For Charity 2012 ini juga boleh melayari laman sesawang MBM iaitu www.belia.org.my atau www.facebook.com/mbmgolfforcharity2012.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin , Unit Komunikasi Korporat KBS

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply