MENTERI BELIA TURUN  PADANG DEKATI BELIA

MENTERI BELIA TURUN PADANG DEKATI BELIA

 
MENTERI BELIA TURUN  PADANG DEKATI BELIA
Oleh : Junaidin Bardin,  Unit Komunikasi Korporat KBS
[email protected]

CHERAS, 5 NOVEMBER 2012 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mengadakan program  turun padang untuk…



Advert ID #5472

Full Description





 

MENTERI BELIA TURUN  PADANG DEKATI BELIA

Oleh : Junaidin Bardin,  Unit Komunikasi Korporat KBS

[email protected]


CHERAS, 5 NOVEMBER 2012 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mengadakan program  turun padang untuk mendekati belia Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dekat sini sambil  berbincang tentang masalah dan kekurangan di kawasan mereka secara lebih mendalam.

 

Pertemuan dan perbincangan yang diadakan bagi melihat kembali pelbagai masalah serta isu yang membelenggu  golongan muda di kawasan tersebut. Di antara aduan yang telah diterima ialah mengenai kekurangan gelanggang futsal di kawasan tersebut.

 

“Seperti apa yang kita tahu sukan futsal yang semakin popular dan semakin ramai yang menceburi sukan ini membuatkan gelanggang yang sedia ada di kawasan ini tidak mencukupi,” ujar Dato’ Sri Ahmad Shabery apabila diminta mengulas mengenai permohonan penduduk untuk mendapatkan sebuah gelanggang futsal di sini.

 

Beliau berkata, Kementerian akan memperuntukkan seberapa banyak gelanggang futsal di kawasan tersebut akan tetapi perkara ini perlu dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan. Sekiranya mendapat peruntukkan untuk pembinaan gelanggang,  masalah yang lazimnya seperti penyediaan tapak yang sesuai untuk pembinaan gelanggang berkenaan harus diselesaikan dengan segera.

 

“ Untuk pembinaan gelanggang futsal ini, kita perlu meneliti terlebih dahulu tapak yang strategik. Gelanggang yang mungkin akan dibina ini adalah bukan hanya untuk kegunaan sekitar kawasan ini sahaja tetapi untuk kegunaan orang ramai juga,” tambahnya.

 

Dalam pertemuan itu, Dato’ Sri Ahmad Shabery menyeru belia di sekitar kawasan Bandar Tun Razak ini untuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti sukan futsal yang kerap dianjurkan oleh kementerian ini.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply