MyCorps MERIAHKAN AIDILAHDA DENGAN AGIHAN DAGING KORBAN

MyCorps MERIAHKAN AIDILAHDA DENGAN AGIHAN DAGING KORBAN

 

 
MyCorps MERIAHKAN AIDILAHDA DENGAN AGIHAN DAGING KORBAN
 

Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
[email protected]
 

BERA, 27 OKTOBER 2012 – MyCorps (Malaysian Youth Volunteers) telah mengadakan s…



Advert ID #5074

Full Description


 




 

MyCorps MERIAHKAN AIDILAHDA DENGAN AGIHAN DAGING KORBAN

 


Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

[email protected]

 


BERA, 27 OKTOBER 2012 – MyCorps (Malaysian Youth Volunteers) telah mengadakan satu program berbentuk kesukarelawanan sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu iaitu Program Kumpul Kirim Aidiladha MyCorps 2012. Program yang julung kali diadakan ini telah berlangsung di dua tempat yang berlainan iaitu di Masjid Jamek Triang, Bera, Pahang yang diwakili oleh Yusmunirah Binti Muhammad Yusar (23) dan di sekitar Masjid Pak Sabah, Dungun, Terengganu diwakili oleh Mohd Fadhil bin Baharudin (24).

 

Hasil inisiatif program Aidiladha ini dilaksanakan oleh Sukarelawan MyCorps yang berada di tempat tinggal masing-masing semasa pulang bercuti sempena Aidiladha pada 26hb dan 27hb Oktober 2012 yang lalu. Objektif program ini ialah MyCorps mengetuai belia-belia setempat dalam membantu AJK masjid semasa acara korban sempena Hari Raya Aidiladha.

 

MyCorps mengambil peluang ini untuk mendekati belia setempat dengan aktiviti kesukarelawanan seumpama ini di samping ingin memupuk semangat sukarelawanan, kerja sepasukan dalam kalangan belia sekaligus mendekatkan belia setempat dengan aktiviti masjid yang berfaedah. Seramai lebih 30 orang belia yang dapat dikumpulkan bagi kedua-dua tempat sepanjang program berlangsung yang dibantu oleh AJK masjid di tempat masing-masing iaitu Encik Hafizal bin Yahya dan Encik Abu Bakar b. Kadir bagi Masjid Jamek Triang, Bera, Pahang. Manakala wakil AJK Masjid Pak Sabah Dungun, Terengganu diwakili oleh Encik Sharif bin Abdullah.

 

Sebanyak 546 bungkus daging telah diagihkan kepada 14 buah kawasan tempat tinggal di sekitar Masjid Jamek Triang, Bera, Pahang. Manakala sebanyak 50 bungkus telah diagihkan disekitar Masjid Pak Sabah, Dungun, Terengganu kepada komuniti setempat yang memerlukan.

 

Program seumpama ini boleh dijadikan program tahunan MyCorps bersama belia-belia setempat dengan kerjasama masjid yang memberikan pendedahan dan peluang untuk belia-belia bagi mengorbankan tenaga dan masa untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha. Malahan program ini dapat membantu golongan yang miskin dan daif yang selama ini tidak pernah di kunjungi oleh masyarakat sekitar terutama belia.

 

Disunting oleh : Haji Sulaiman Abd Manan, Unit Komunikasi Korporat

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply