MYMEGAMIND BERI PELUANG  BELIA JADI PERANCANG BANDAR

MYMEGAMIND BERI PELUANG BELIA JADI PERANCANG BANDAR

MYMEGAMIND BERI PELUANG  BELIA JADI PERANCANG BANDAR
Oleh: Nurul Asfahlina Mohamed Johari, Unit Komunikasi Korporat KBS
[email protected]
 
PUTRAJAYA, 15 JANUARI 2013 – “ Ini merupakan pertempuran minda belia dalam merangka dan merancang …



Advert ID #6217

Full Description





MYMEGAMIND BERI PELUANG  BELIA JADI PERANCANG BANDAR

Oleh: Nurul Asfahlina Mohamed Johari, Unit Komunikasi Korporat KBS

[email protected]

 

PUTRAJAYA, 15 JANUARI 2013 – “ Ini merupakan pertempuran minda belia dalam merangka dan merancang struktur bangunan dan bandar mengikut idea belia sendiri yang bertemakan Bandar Mesra Belia dalam bidang hartanah ”, ujar Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, ketika berucap merasmikan   MYMEGAMIND di Dataran Pintu Gerbang, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini hari ini.

 

      “ Perasmian program yang diadakan di pintu gerbang ini menunjukkan tanda sokongan Perbadanan Putrajaya dalam menyokong program ini malah sebagai pentas terbaik kepada belia untuk menyampaikan idea mereka dalam bidang hartanah, landskap dan sebagainya ” tambahnya.

 

      MYMEGAMIND adalah cetusan idea dari Majlis Belia Malaysia ( MBM )  bersempena Festival Belia Putrajaya 2013 pada Mei nanti. Program ini mendapat sokongan  dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

 

      Sebanyak 12 sekolah akan mengambil bahagian dalam program ini yang mempunyai bidang berkaitan teknologi binaan dan kejuruteraan awam. Peserta perlu menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu dua bulan sebelum dikumpul dan dipamerkan pada Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijadual Mei ini.

 

      Turut hadir pada majlis ini, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri ( Dr )  Aseh Haji Che Mat, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Tuan Zainuri Mohd Nor mewakili Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Seleberiti dan Arkitek, Azhar Sulaiman dan beberapa selebriti tanah air.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply