PELBAGAI ACARA HIASI HARI KEDUA KARNIVAL ASTRO FIESTA

PELBAGAI ACARA HIASI HARI KEDUA KARNIVAL ASTRO FIESTA

 
 

PELBAGAI ACARA HIASI HARI KEDUA KARNIVAL ASTRO FIESTA
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia, KBS
PAPAR, 6 Januari 2013 –Suasana Karnival Astro Fiesta Mesra Belia Parlimen Papar pada hari ke dua bertambah dengan pelbagai acara yang …



Advert ID #6141

Full Description


 




 

PELBAGAI ACARA HIASI HARI KEDUA KARNIVAL ASTRO FIESTA

Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia, KBS

PAPAR, 6 Januari 2013 –Suasana Karnival Astro Fiesta Mesra Belia Parlimen Papar pada hari ke dua bertambah dengan pelbagai acara yang tdisediakan untuk pengunjung. Bertempat di Padang Pekan Papar, kehadiran masyarakat setempat ke kawasan tersebut menjadikan Pekan Papar  sebagai lokasi tumpuan mereka sepanjang berlangsungnya karnival ini.

 

            Antara program yang diadakan adalah senam sihat, kempen 10,000 Langkah dan kempen Kayuhan Sihat. Dianggarkan lebih 1000 orang terlibat dalam kempen tersebut yang terdiri daripada golongan dewasa, warga emas, remaja dan kanak-kanak.

 

            Kempen tersebut adalah anjuran bersama Parlimen Papar dan MySihat. Pelancaran kempen tersebut dilaksanakan oleh  Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

 

            Selain itu, terdapat banyak lagi acara lain yang berlangsung, seperti kempen derma darah anjuran Persatuan Belia Hakka Papar, pemeriksaan kesihatan, klinik pergigian Papar, pertandingan mewarna kanak-kanak, demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Papar, gerai-gerai pameran agensi kerajaan,  gerai-gerai  jualan, pertandingan karaoke lagu-lagu Melayu, Bajau, Kadazan Dusun Murut, pameran  kenderaan pacuan empat roda, sukan rakyat dan banyak lagi.

 

Disunting oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply