PENGHUNI TERIMA PENGIKTIRAFAN ARP GANGSA

PENGHUNI TERIMA PENGIKTIRAFAN ARP GANGSA

 
 

PENGHUNI TERIMA PENGIKTIRAFAN ARP GANGSA
oleh : Siti Mariam Ahmad Tobias ( Cawangan Pembangunan Rakan Muda )
Bahagian Pembangunan Belia
 
MELAKA, 03 Januari 2013 – Seramai 31 penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas di sini berjay…



Advert ID #6216

Full Description


 




 

PENGHUNI TERIMA PENGIKTIRAFAN ARP GANGSA

oleh : Siti Mariam Ahmad Tobias ( Cawangan Pembangunan Rakan Muda )

Bahagian Pembangunan Belia

 

MELAKA, 03 Januari 2013 – Seramai 31 penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas di sini berjaya menerima pentauliahan Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda  tahap gangsa pada majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang di Dewan Parameswara, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka, hari ini.

            Ini merupakan kejayaan projek perintis Program ARP  Rakan Muda yang telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac 2012 lalu menerusi kerjasama strategik di antara Jabatan Belia dan Sukan Negara ( JBSN )  dan Jabatan Penjara Malaysia.

            Program ini juga  merupakan satu lagi usaha kerajaan dalam menerapkan nilai pemulihan dalam kalangan remaja berusia antara 14 hingga 21 tahun di institusi Penjara. Program bertaraf antarabangsa yang juga  dikenali sebagai The International Award for Young People ini telah berjaya dilaksanakan di 21 institusi penjara di seluruh dunia sejak tahun 1980.

            Pengurangan recidivism merupakan bukti keberkesanan program ini di negara-negara seperti Afrika Selatan ,Hong Kong, India, Kenya, Scotland dan Singapura. Bersesuaian dengan inisiatif pihak Kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ) dalam konteks mengurangkan jenayah, golongan belia remaja di institusi ini tidak ketinggalan malah turut diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan untuk didedahkan dengan peluang yang sama seperti mana remaja-remaja  yang lain.

            Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara,  TKJP  Haji Hassan  Sakimon. Turut hadir, Pengarah JBSN  Melaka,  Hajah Salmah Aziz, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, KPj Jamaludin Saad, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan Penjara, Haji Darussalam Budin, Pengarah Cawangan Pembangunan Rakan Muda,  Sabran  Abd Bahar; serta Pengarah SHG Telok Mas,  Jamil Razif Kassim.  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply