Personal HOME Tuisyen CIKGU Shahrul

Personal HOME Tuisyen CIKGU Shahrul

Tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris tuition yang bermaksud “pengajaran”. Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham-faham, atau tidak dapat […]



Advert ID #90102

Full Description


Tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris tuition yang bermaksud “pengajaran”.

Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham-faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seorang pelajar memerlukan tuition, yakni bimbingan tambahan.

 

Personal HOME Tuisyen CIKGU Shahrul's photo.
Personal HOME Tuisyen CIKGU Shahrul's photo.
Personal HOME Tuisyen CIKGU Shahrul's photo.
Personal HOME Tuisyen CIKGU Shahrul

Mengapa Tuisyen Dilihat Dan Menjadi Begitu Penting Oleh Masyarakat Kita Hari Ini?
•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?•?
.
Tuisyen kini tidak lagi dilihat sebagai sekadar untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu di sekolah, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti yang perlu dilalui oleh seorang pelajar selain daripada belajar di sekolah itu sendiri.
.
Seingat saya, di zaman persekolahan saya dahulu, seorang pelajar sekolah tidak merasa perlu untuk ke pusat tuisyen untuk berjaya dan cemerlang dalam pelajaran. Kalau ada pun pusat tuisyen ia boleh dibilang dengan jari dan cuma terhad di kawasan bandar sahaja.
.
Itu pun hanya terbatas kepada mereka yang betul-betul mampu sahaja. Di kawasan luar bandar, fenomena pergi ke tuisyen mungkin tidak wujud langsung. Waktu itu, anak-anak sekolah bergantung sepenuhnya kepada tunjuk ajar di samping bahan-bahan yang diperoleh daripada guru-guru di sekolah.
.
Malah, kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolah juga tidak ada dalam kamus pelajar pada waktu itu. Di rumah pula, ibu bapa walau pun tidak berpelajaran tinggi namun masih punyai masa untuk menggalakkan anak mengulang kaji di rumah.
.
Melihat kepada keghairahan ibu bapa dan kegilaan anak-anak sekarang terhadap tuisyen ini, tidakkah ini seolah-olah mencerminkan guru-guru di sekolah tidak boleh diharapkan sepenuhnya lagi. Sedangkan pada hakikatnya, masih ramai lagi guru-guru yang berkebolehan di sekolah yang boleh dijadikan sumber rujukan para pelajar.
.
Walau apa pun hakikatnya yang berlaku di sekolah khususnya yang bersangkut dengan sistem pembelajaran di sekolah itu sendiri, namun rata-rata pelajar yang terlibat dengan tuisyen berpandangan bahawa masalah pelajaran mereka tidak dapat diselesaikan sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah lantaran saiz kelas yang terlalu besar dan guru tidak punyai cukup masa untuk memberi tumpuan kepada mereka khususnya kepada pelajar yang lemah.
.
Oleh itu, berpaling kepada guru tuisyen merupakan jalan penyelesaiannya. Ini ditambah lagi dengan beban kerja guru yang semakin bertambah yang tentunya tidak hanya terbatas setakat mengajar pelajar di dalam kelas sahaja.
.
Ada yang terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian yang tidak sepatutnya mereka lakukan – lalu mereka tidak punya masa yang terluang untuk mendekati pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran.
.
Malah sebahagian ibu bapa berpendapat bahawa mereka terpaksa menghantar anak mereka ke pusat tuisyen kerana sistem persekolahan yang ada sekarang tidak menyediakan peluang untuk anak-anak mereka mendapat perhatian yang khusus daripada para guru, justeru bilangan pelajar yang begitu besar dalam sesebuah kelas!

.
Jenis-jenis Tuisyen
===============
.
Tuisyen terdiri daripada pelbagai ragam dan bentuk. Dari segi bilangan pelajar yang terlibat dalam suatu sesi tuisyen, tuisyen boleh dibahagi kepada 3 jenis:-
.
• Tuisyen Kelas
Tuisyen Kelas merujuk kepada tuiysen yang dilaksanakan dalam bentuk “kelas”, yakni secara beramai-ramai. Dalam keadaan ini, seorang guru tuisyen akan membimbing sejumlah pelajar, biasanya melebihi 10 orang. Bentuk tuisyen ini adalah ekonomi dan biasanya beroperasi di pusat tuisyen
.
• Tuisyen Kumpulan Kecil
Tuisyen kumpulan kecil melibatkan seorang guru dan sejumlah pelajar yang kecil. Pelajar yang terlibat adalah tidak lebih daripada 10 orang. Bentuk tuisyen ini biasanya beroperasi di rumah.
.
• Tuisyen Individu
Bentuk tuisyen ini melibatkan seorang pelajar dan seorang guru. Dalam keadaan ini seorang guru akan memberikan bimbingan khusus kepada seorang pelajar.

 Hubungi 018-371 7840
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Personal HOME Tuisyen CIKGU Shahrul, 10.0 out of 10 based on 1 rating




Category

Tags/Keywords

tuisyen

Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply