PROGRAM BERBASIKAL UNTUK KE MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA

PROGRAM BERBASIKAL UNTUK KE MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA

PROGRAM BERBASIKAL UNTUK KE MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA
Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
[email protected]
 
KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013  – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek da…



Advert ID #6505

Full Description





PROGRAM BERBASIKAL UNTUK KE MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA

Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

[email protected]

 

KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013  – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan 400 orang peserta berbasikal dalam  Program Jelajah 1Belia 1Malaysia Parlimen Kemaman yang bermula  daripada Pantai Kemasik di sini menuju ke  Kampung Bukit Anak Dara yang terletak di Kijal sebelum melangsungkan majlis perasmian Gelanggang Futsal 1 Malaysia di kampung tersebut.

 

      Ketibaan peserta berbasikal  disambut dengan meriah oleh penduduk setempat dan kanak-kanak bawah 12 tahun yang menyertai Kejohanan Futsal DUN Kijal bawah 12 tahun. Mereka dihidangkan dengan sarapan pagi bagi mengisi tenaga untuk meneruskan kayuhan seterusnya.

 

      Persembahan silat turut diadakan sebelum upacara perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia. Simbolik perasmian, beliau kemudian menyerahkan replika kunci kepada  Pengerusi Persatuan Belia Gerak Maju Kampung Bukit Anak Dara, Che Ku Sufian  Che Ku Long

 

      Peralatan sukan turut diberikan kepada persatuan-persatuan belia di Kampung Bukit Anak Dara sebagai usaha menyemarakkan aktiviti bersukan di kalangan mereka. Beliau kemudian menandatangani plak perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia dan melakukan tendangan gol sebagai gimik perasmian.

 

      Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan,  Hajah Hatipah Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu,  Rusli Yusoff,  Ketua Wanita Bahagian UMNO, Senator Hajah Rohani Abdullah,  Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu, Wan Muhamad Hisyam Wan Abdul Hamid, Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam dan Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Bukit Anak Dara,  Ibrahim Abdul Ghani.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply