PROGRAM JELAJAH 1BELIA 1MALAYSIA PARLIMEN KEMAMAN

PROGRAM JELAJAH 1BELIA 1MALAYSIA PARLIMEN KEMAMAN

PROGRAM JELAJAH 1BELIA 1MALAYSIA PARLIMEN KEMAMAN
Oleh : Azlin Emiza Jamri ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
[email protected]
 
KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013  – Menteri Belia Dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama 400 belia berkayuh b…



Advert ID #6507

Full Description





PROGRAM JELAJAH 1BELIA 1MALAYSIA PARLIMEN KEMAMAN

Oleh : Azlin Emiza Jamri ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

 

KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013  – Menteri Belia Dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama 400 belia berkayuh basikal sempena Program Jelajah 1Belia 1Malaysia yang bermula di Pantai Kemasik dekat sini hari ini dengan destinasi  ke Kampung. Bukit Anak Dara sebagai persinggahan pertama dalam siri penjelajahan ini.

 

Belia-belia yang turut serta dalam kayuhan basikal itu adalah daripada lapan buah kelab basikal daerah Kemaman. Jarak laluan kayuhan ialah sejauh 25 kilometer melalui tiga kampung bagi perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia. Kampung-kampung berkenaan ialah Kampung. Bukit Anak Dara, Kampung. Bakau Tinggi dan Kampung. Gong Limau di daerah Kemaman ini.

 

      Sebelum memulakan kayuhan basikal, para peserta termasuk Menteri Belia Dan Sukan melakukan senamrobik bagi pemanas badan. Selain itu, turut diadakan Program Khidmat Masyarakat Rakan Cinta Alam di Pantai Kemasik bagi tujuan pembersihan alam sekitar. Program tersebut melibatkan penduduk kawasan setempat dengan bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran dan keceriaan pantai.

 

      Program Khidmat Masyarakat Rakan Cinta Alam adalah anjuran bersama Pejabat Parlimen Kemaman, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kemasik, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman, JKKK Kampung Gong Chengal dan Persatuan Belia Sri Gong Chengal.

 

      Perlepasan kayuhan basikal di Pantai Kemasik disempurnakan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik. Ir. Rosli Othman.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply