SELIDIK DAHULU SEBELUM MENGKRITIK ORANG LAIN

SELIDIK DAHULU SEBELUM MENGKRITIK ORANG LAIN

 
 

SELIDIK DAHULU SEBELUM MENGKRITIK ORANG LAIN
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
[email protected]
PUTRAJAYA, 8 Februari 2013 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan warga …



Advert ID #6501

Full Description


 




 

SELIDIK DAHULU SEBELUM MENGKRITIK ORANG LAIN

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

PUTRAJAYA, 8 Februari 2013 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya memahami serta menghayati sesuatu perkara itu sebelum mengkritik atau memberi komen mengenai perkara itu.

            Katanya, budaya serkap jarang atau komen yang membuta tuli akan menjadikan sesuatu isu bertambah kusut di samping menunjukkan kelemahan kita sendiri tentang isu-isu semasa.

            “Kita mesti faham dan tahu tentang sesuatu isu itu dan tidak sekadar menggeleng kepala atau mengangkat bahu tanda tidak tahu. Apa yang paling malang, ada diantara kita yang mahu memberikan komen tetapi tidak tahu secara mendalam tentang perkara yang dibincangkan itu. Ia akan menjadikan sesuatu isu itu bertambah kusut dan menunjukkan kelemahan kita sendiri,” ujarnya pada Majlis Perhimpunan Mesra KBS Bulan Februari di Dewan Serbaguna Menara KBS di sini hari ini.

            Warga KBS juga perlu tahu membezakan diantara perkara buruk atau baik dan tidak mudah terjebak dengan perkara yang ternyata buruk. Ibarat pepatah barat yang berbunyi, “ Don’t eat the shit, if you know it is the shit ( jangan makan najis jika kita tahu ia memang najis”.

            Perhimpunan kali ini dianjurkan Bahagian Pembangunan Kemahiran (BPK) dengan menampilkan konsep sambutan Tahun Baru Cina. Dewan yang dihiasi dengan warna merah mencerminkan keceriaan dan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

            Dato’ Sri Ahmad Shabery juga memuji kesungguhan serta komitmen warga KBS dalam melaksanakan sesuatu tugasan sehingga meletakkan kementerian ini sebagai ‘trend setter’ kepada kementerian atau agensi yang lain dalam penganjuran sesuatu aktiviti.

            Katanya, pengiktirafan ini terhasil dengan wujudnya kerjasama berpasukan yang mantap dari semua peringkat pegawai dan kakitangan disamping meletakkan tugas sebagai keutamaan.

 

Disunting oleh: Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat,KBS)

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply