16 TEMPAT MENARIK, MAKANAN DAN AKTIVITI BEST DI CHERATING PAHANG
Admin kongsikan coretan dari web majalah dan topup sket aktiviti dan tempat menarik untuk dilawati di sekitar Cherating dan Kemaman. 16 Perkara Yg Boleh Anda lakukan di Cherating/Kemaman =================================== 16 TEMPAT MENARIK, MAKANAN DAN AKTIVITI BEST DI CHERATING PAHANG 1) MANDI PANTAI Mandi Pantai/main pasir/sand castle/korek kolam pasir etc.. 2) LAYANG2 Main layang2 – sebab […]
Full Description
Admin kongsikan coretan dari web majalah dan topup sket aktiviti dan tempat menarik untuk dilawati di sekitar Cherating dan Kemaman.
16 Perkara Yg Boleh Anda lakukan di Cherating/Kemaman
===================================
16 TEMPAT MENARIK, MAKANAN DAN AKTIVITI BEST DI CHERATING PAHANG
1) MANDI PANTAI
Mandi Pantai/main pasir/sand castle/korek kolam pasir etc..
2) LAYANG2
Main layang2 – sebab cherating ni antara pantai yg selalu ada angin. sebab tu la bila mandi ombak dia confirm selalu ada tak macam di bagan lalang/Port dickson kadang2 laut tenang tak gerak2 langsung…
3) KEROPOK LEKOR
Keropok lekor – makan le sepuas2nya. rasa fresh & kebanyakannya di buat/gentel disitu juga. masih panas. dijual di tepi2 jalan sepanjang dari cherating hingga ke kemaman/kuala kemaman. boleh suruh dia goreng.. atau bawak balik chalet gorng sendiri (kalau chalet tu tak marah goreng2)
4) SATAR DAN OTAK2
satar/pais/otak-otak/bahulu/akok – yg ni saya asingkan dari keropok lekor. sebabnya bergantung minat masing2 ada yg suka ada yg tak berapa suka. tapi keropok lekor tu boleh kata hampir semua suka.
Diantara gerai yg selalu disebut2.. (kedua2 kedai ni dalam 1-2 km je jaraknya.. area dari pantai mak nik ke kuala kemaman.)
Otak2 Che Wan Kuala Kemaman
http://wikimapia.org/15591184/otak-otak-che-wan-kuala-kemaman-terengganu-darul-iman
ada org suruh try “mee chalong” disitu … sedap katanya..
– Warung Aziz Satar – “Warung Kuning” (satar ikan sedappp..)
http://wikimapia.org/15810189/Warung-Aziz-Satar
(aziz satar tu BUKAN artis aziz satar… takyah tanya tokeh kedai tu dorang dah tak larat nak jawab hehe.. kecualilah awek yg jaga masa tu cun sgt dan bro takde modal nak berborak… okeh le boleh try… guna la ayat ni mana tau kan… tapi kalu tengah2 syok mengayat… datang grup mat2 moto besar puluh ribu punya.. parking ramai2 berbariiis je sambil bukak helmet fullface & adjust rayban hitam ala2 tom cruise dalam top gun… dan bro setakat proton saga kemek 1990an je… baik fikir dulu 1,990 kali hehehe 🙂
– bahulu seri geliga
https://foursquare.com/v/bahulu-seri-geliga/4ecf47838b81b473952b1442
5) TURTLE SANCTUARY
Melawat Turtle Sanctuary – dekat Club Med pelawat boleh masuk free. elok bawak budak2… kalau kena waktu penyu menetas mesti fun..
6) GULAI KAWAH
Try gulai kawah – banyak restoren2 kiri kanan yg offer gulai kawah… biasanya start kul 10 kot… elok la utk lunch. saya hentam je beli satu gerai tu… ok jugak sedap rasanya. bawak balik chalet makan dgn nasi yg kitorang masak sendiri.
7) BELI IKAN FRESH MURAH
try beli ikan fresh di jeti kuala kemaman & masak sendiri di chalet. samada nak bakar atau goreng boleh try cicah dgn pelbagai sos pencicah yg dijual di tepi2 jalan tu. sos ni.. ada macam2 jenis… dan rasanya amat2 sedap…
8) NON HALAL RESTAURANT
try 2 restoran cina ni yg popular di bandar kemaman. pekerjanya majoriti melayu dan org2 islam disini dan pelancong2 melayu/islam tempatan berduyun datang macam dah biasa je.
– KETAM SUMBAT
Restoran Tong Juan di Jalan Sulaiman, Kemaman – Amat popular dengan hidangan ketam sumbat
https://maps.google.com.my/maps?ie=UTF8&cid=1648569984092694531&q=Restaurant+Tong+Juan not recommended for muslim
– KEDAI KOPI
Kedai Kopi Hai Peng, jln yg sama dgn restoran tong juan – amat popular dgn roti bakar bun & kopi.
http://wikimapia.org/5595206/Kemaman-Kopitiam-Kedai-Kopi-Hai-Peng not recommended for muslim
9) BANANA BOAT & ATV
Try Banana boat & atv (all-terrain-vehicle)
waktu saya ke sana ada nampak banana boat.. tapi rasanya dari area chalet2 pantai/teluk cherating. area chalet pak itam yg saya duduk takde. ATV pulak ada nampak signboard utk disewa tapi tak nampak pulak sapa2 try di tepi pantai tu.
10) IKAN BAKAR
try Warung Awang Ikan Bakar (WAIB)
dari simpang pantai cherating menghala ke kuala kemaman, dalam 5 minit di bhgn kiri jalan.
ramai kata rasanya sedap tapi waktu menuggu lama… sejam lebih… kalau ada anak kecik yg lapar… baik beli benda lain dulu nak makan sementara tunggu. macam tak banyak ikan bakar yg famous area cherating/kemaman ni..
(saya tak perasan warung ni.. dah balik kl .. google baru terbaca)
11) NASI KERABU
try Nasik kerabu ayam bakar restoren “RC2” – sarapan pagi.
– papantanda conteng dgn tangan je tapi warung agak besar jugak tepi jalan. banyak kereta/lori berhenti. sedap..
dari cherating terus ke utara , lalu simpang ke club med terus lagi, then nampak R&R chendor belah kiri. terus lagi bebrapa minit nampak di sebelah kiri.
12) SURFING
datang masa Festival Luncur Ombak Cherating/Cherating Surf Festival
dengar ceritanya dari Disember hingga Mac … sejak 2010-2011-2012 ada setiap tahun … waktu saya kesana tak nampak pulak so takleh tulis banyak2.. ni anjuran penganjur acara luncur ombak terkemuka dunia “Billabong Pro Am”
13) FIREFLY
tengok fireflies kat kg ibok. yg ni saya baca blog je.. tak try… sebab area kuala selangor pun ada.. dekat sikit.
http://j-travel.blogspot.com/2012/07/fireflies-boat-cruise-at-kampung-ibok.html
14) PANTAI MOK NIK
minum2 petang/air kelapa/goreng pisang /goreng keropok/abc/cendol/jambu batu dll kat gerai2 tepi pantai mok nik. Pantai ni ada banyak pokok rhu ditanam secara sistematik. jadi waktu panas terik petang pun boleh cari banyak tempat2 teduh. samada nak makan kat gerai tu ke atau bentang tikar bawah pokok rhu tu baring2. angin kuat sepanjang masa tapi takde org mandi pantai ni yg saya nampak. gerai2 minum petang tu ok je la takde la best sangat cuma lokasi tu je yg menarik.
15) HONEYMOON
last sekali bagi yg baru kawin & tgh dalam honeymoon mood, dan berjaya trick mak&pak mentua & adik beradik2 supaya tak mengada2 nak ikut orang nak seronok2… jeng jeng… ada 2 tempat yg menarik.
– first of course la Club Med tu… tapi berapa harga dia eekk? saya cari kat agoda takde tersenarai… gerenti rm1,500+ semalam kot?
– kedua, “Eastern Pavillion” di Holiday Villa Cherating – diuruskan oleh group yg sama Holiday Villa tu (sebelah chalet pak itam/legend resort). bezanya ada PRIVATE pool yg besar… boleh la korang berdua terjun & berseronot maklumla takde sapa nak kacau… harga from rm600+ semalam .. baca kat sini
http://www.easternpavilion.com/
http://www.agoda.com/asia/malaysia/cherating/eastern_pavillion_boutique_resort_spa_cherating.html
sebenarnya kalo korang sanggup ke kijal (Resorts World Kijal – rasanya group yg sama dgn Genting RW kot) dalam 30-40 km dari situ (keutara selepas kemaman) pun ada jacuzzi dalam “bilik Premier Non-sea view” … jacuzzi tu didalam BILIK konsep terbuka, BUKAN dalam bilik air… mesti korang tengok je terus hot macam mawas nak mengawan hehehe….
16) MEMANCING
Bagi sesiapa yang minat memancing, boleh cuba memancing pantai di kawasan Cherating. Banyak juga hasil laut seperti ikan dan ketam berada di situ.
16 TEMPAT MENARIK, MAKANAN DAN AKTIVITI BEST DI CHERATING PAHANG,
Category
Tags/Keywords