20 TENAGA PENGAJAR IKBN IKUTI PROGRAM LATIHAN KEJURULATIHAN BERSAMA PETRONAS
20 TENAGA PENGAJAR IKBN IKUTI PROGRAM LATIHAN KEJURULATIHAN BERSAMA PETRONAS
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
[email protected]
KUALA TERENGGANU, 29 OKTOBER 2012 – Satu Majlis Pelancaran Pr…
Full Description
20 TENAGA PENGAJAR IKBN IKUTI PROGRAM LATIHAN KEJURULATIHAN BERSAMA PETRONAS
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
KUALA TERENGGANU, 29 OKTOBER 2012 – Satu Majlis Pelancaran Program Pembangunan Jurulatih HSE IKBN telah diadakan pada 22 Oktober 2012 di INSTEP Petronas Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Program Latihan kejurulatihan ini merupakan program lanjutan yang telah dipersetujui dalam Majlis MoU antara Pihak KBS dengan Pihak Petronas yang telah ditandatangani pada awal bulan Ogos 2012.
Kumpulan pertama seramai 20 orang tenaga pengajar IKBN yang dipilih akan menjalankan latihan selama 3 bulan bermula pada 14 hb Oktober lalu dan bakal berakhir pada 3 Januari 2013. Latihan ini merangkumi OPI (Overview of Petroleum Industry – 1 minggu), HSE (Health, Safety & Environment – 4 minggu), TOT (Train of Trainer – 1 minggu) ketiga-tiganya di INSTEP dan Latihan Indusri – 6 minggu) di beberapa loji PETRONAS
Dalam latihan ini juga tenaga pengajar akan dilengkapi dengan Green Card (CIDB – Construction Phase) dan NIOSH Oil and Gas Safety Passport (OGSP – Operation Phase) yang dijalankan dengan kerjasama bersama ABM (Akedemi Binaan Malaysia) dan NIOSH.
Apabila tamat latihan tenaga pengajar ini akan melatih belia-belia tempatan di IKBN Bandar Penawar dalam kursus HSE yang bermula pada Januari 2013.
Disunting oleh : Haji Sulaiman Abd. Manan, Unit Komunikasi Korporat