Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia JPN
Pengenalan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.
Full Description
Pengenalan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas. Jabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.
Semenjak penubuhannya, Jabatan ini telah berpindah ke beberapa buah bangunan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awalnya, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara terletak di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Pada 1958, Ibu Pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Petaling Jaya untuk menampung pertambahan rekod-rekod, dokumen dan kakitangan yang meningkat.Selepas beberapa tahun, Ibu Pejabat JPN sekali lagi berpindah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan kekal di sini sehingga sekarang. Mulai Disember 2004, Ibu Pejabat JPN ini telah beroperasi di Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Visi Jangka Pendek:
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Sebagai Jabatan Perkhidmatan Kaunter Terbaik Dalam Perkhidmatan Awam
Visi Jangka Panjang:
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Sebagai Jabatan Perkhidmatan Kaunter Terbaik Di Dunia
Misi:
Mendaftar, menyelenggara, menyimpan dan mengeluarkan rekod pengenalan diri yang sahih bagi semua penduduk negara serta memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra pelanggan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
Objektif:
Mengumpul dan menyelenggara rekod-rekod Kelahiran, Kematian, Anak Angkat, kad Pengenalan, Perkahwinan dan Perceraian serta Warganegara bagi semua penduduk Malaysia untuk memenuhi keperluan keselamatan dan pembangunan negara.
Mengumpul, menyatupadu dan mendaftar maklumat penting perseorangan;
Mengeluarkan sijil pendaftaran;
Menjaga rekod pendaftaran kekal; dan
Menguatkuasakan akta, Ordinan dan Peraturan Pendaftaran
Kad Pengenalan
SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
- Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
- Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
- Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :
- Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
- Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
- Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
- Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).
Warganegara
Jadual Pembayaran 1A
BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN (WARGANEGARA) Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun. | ||||
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN | BAYARAN PERMOHONAN (RM) | BAYARAN PROSES (RM) | BAYARAN KOMPAUN (RM) | JUMLAH BAYARAN (RM) |
12 THN HINGGA 12 THN 30 HARI | – | – | – | – |
12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN | – | 10.00 | 1.00 | 11.00 |
13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN | – | 10.00 | 2.00 | 12.00 |
14 THN 1 HARI HINGGA 15 THN | – | 10.00 | 4.00 | 14.00 |
15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN | – | 10.00 | 6.00 | 16.00 |
Jadual Pembayaran 1B
BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYPR BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN (BUKAN WARGANEGARA) Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun. | ||||
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN | BAYARAN PERMOHONAN (RM) | BAYARAN PROSES (RM) | BAYARAN KOMPAUN (RM) | JUMLAH BAYARAN (RM) |
12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN | 40.00 | 10.00 | 1.00 | 51.00 |
13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN | 40.00 | 10.00 | 2.00 | 52.00 |
14 THN 1 HARI HINGGA 15THN | 40.00 | 10.00 | 4.00 | 54.00 |
15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN | 40.00 | 10.00 | 6.00 | 56.00 |
Kelahiran Di Semenanjung
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.
Kelahiran Di Sabah
PENDAFTARAN BIASA
Pemohon perlu mendaftarkan kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
[Seksyen 9, Ordinan Sabah,Cap.123]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang A dan Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan
Kelahiran Di Sarawak
PENDAFTARAN BIASA
Pemohon perlu mendaftarkan kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
[Seksyen 9, Ordinan Sabah,Cap.123]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang A dan Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan
Perkahwinan
PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PEMOHON BUKAN BERAGAMA ISLAM [PERMOHONAN PENDAFTARAN BIASA]
Pasangan wajib hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)/Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.
Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada alamat yang tertera dalam MyKad (warganegara) dan alamat tempat tinggal di Malaysia(bukan warganegara).
Pemohon hendaklah bermastautin di daerah perkahwinan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di pejabat JPN yang berkenaan.
Pengupacaraan perkahwinan akan dilakukan selepas 21 hari tetapi tidak melebihi tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan.
Pemohon yang berumur di bawah 21 tahun, sila rujuk kepada prosedur pendaftaran perkahwinan berlesen (Kahwin Berlesen).
Dokumen-dokumen sokongan :-
MyKad ASAL bagi warganegara.
Pasport ASAL dan salinan fotostat maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia bagi bukan warganegara.
Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm)/pasport berlatar belakang BIRU bagi setiap pemohon.
Jika berkaitan, pemohon bertaraf Duda/Janda – Dekri Nisi Mutlak ASAL wajib dikemukakan.
Jika berkaitan, pemohon bertaraf Duda/Balu – Daftar Kematian ASAL wajib dikemukakan.
Bagi pemohon bukan warganegara – Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari negara pemohon yang telah disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon ATAU kedutaan negara pemohon di Malaysia seterusnya disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu. Selepas itu, pemohon perlu membawa Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dan dokumen sokongan yang lain serta pasport ASAL ke Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat JPN Putrajaya untuk mendapatkan surat kelulusan berkahwin di negeri yang berkenaan.
Borang Permohonan Pemberitahuan, Perkahwinan Dan Akuan Berkanun/Bertulis – Borang JPN.KC02.
- Bayaran:-
- Perakuan.
- Fi adalah RM10.00.
- Daftar Perkahwinan.
- Fi adalah RM20.00.
- Perakuan.
PENGESAHAN TARAF KEWARGANEGARAAN
PENERANGAN PERMOHONAN
(a) Kelahiran Dalam Negeri dan di Luar Persekutuan
Bahagian 1, Perkara 1 14(1)(a), Perlembagaan Persekutuan.
- Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963).
- Kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963)
- Pemohon dan sabjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).
- Pemohon adalah: Bapa atau Ibu
Penjaga atau saudara mara terdek - Sabjek sendiri
- Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
Pemohon dan sabjek dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan, Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan seperti berikut.
DOKUMEN SOKONGAN
- Sijil Kelahiran orang yang hendak didaftarkan
- Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris (Jika kanak-kanak lahir di luar Negara)
- Kad Pengenalan ibu bapa
- Sijil Kelahiran ibu bapa
- Sijil Warganegara ibu bapa
- Dokumen Perkahwinan ibu bapa yang di daftarkan di Persekutuan
- 3 keping gambar warna sabjek berukuran passport.
- RM 2.00 bayaran permohonan
- RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil Pengesahan Taraf.(jika diluluskan)
Bahagian 2 Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
- Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963).
- Seseorang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia di luar Persekutuan dan bapanya, pada masa ia lahir itu adalah seorang warganegara dan kelahiran orang itu hendaklah didaftarkan di pejabat Konsol dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelahirannya.
- Pemohon dan subjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara / Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).
- Pemohon adalah: Bapa atau
Ibu - Mengisi Borang D dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
Pemohon dan sabjek dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri atau Pejabat Konsul di Luar Negara dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan seperti berikut.
DOKUMEN SOKONGAN
- Sijil Kelahiran Luar Negara kanak-kanak.
- Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
- Kad Pengenalan Ibu Bapa.
- Sijil Kelahiran ibu bapa.
- Sijil Kewarganegaraan Ibu Bapa.
- Dokumen Perkahwinan Ibu Bapa.
- Dokumen Perjalanan kanak-kanak, ibu dan bapa.
- 3 keping gambar warna sabjek berukuran pasport.
RM 20.00 bayaran permohonan.
RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Kedutaan.
RM 30.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Pendaftar Besar Warganegara dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri.
Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4. Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping.
Makluman: Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pendaftaran pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.
Kematian
Kematian Di Semenanjung
MENDAFTAR KEMATIAN BIASA
Pemohon daftar kematian biasa adalah kematian yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dari tempoh 7 hari dari tarikh kematian.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum
Dokumen bukti kematian seperti permit perkuburan
Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)]
BAYARAN
Bayaran permohonan adalah percuma.
[Seksyen 19, Akta 299]
Kematian Di Sabah
PENDAFTARAN BIASA KEMATIAN
1. Laporan Polis bagi kematian yang berlaku di rumah
Tiada bayaran dikenakan.
Kematian Di Sarawak
PENDAFTARAN BIASA KEMATIAN
Pemohon perlu mendaftarkan kematian dalam tempoh 24 jam dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah keluarga terdekat simati (Ibu/bapa/anak/adik-beradik/isteri/suami). Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
Lokasi
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara
Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel: 03-8880 7000
Faks: 03-8880 8288
Emel:[email protected]
Johor
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Johor Darul Ta’zim
Aras G, 1, 2 & 3, Blok 2 Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Taman Setia Tropika,
81200 Kempas, Johor Bharu.
Tel : 07-2341690, 07-2341691 07-2341634 Faks : 07-2341687 Emel: [email protected] |
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Melaka
Aras 1, Blok Pentadbiran Kompleks KHEDN
Jalan Seri Negeri, Air Keroh
75450 Melaka.
Tel : 06-2326600 Faks : 06-2326376 Emel: [email protected] |
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Sembilan
Tkt. 1, Wisma Persekutuan,
Jalan Dato’ Abdul Kadir,
70551 Seremban
Tel : 06-7651600
Faks : 06-7638312
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jabatan Pendaftaran Negara
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aras G Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas 1
50551 Kuala Lumpur
Tel: 03-62057600, 03-62011106
Faks: 03-62011108
Selangor
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Selangor,
Tingkat 7, Plaza Masalam,
No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E,
Seksyen 9, 40551 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55107255
03-55117355
03-55137455
03-55197155
Pahang
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Pahang
Aras Bawah & Satu,
Kompleks KHEDN Indera Mahkota,
25551 Kuantan.
Tel : 09-5734455, 09-5734301,
09-5737541,09-5734242, 09-5736513
Faks : 09-5737700, 09-5737755
Perak
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Perak
Aras 3 & 4,
Kompleks Pejabat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
Persiaran Meru Utama,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak
Tel :05-5288805, 05-5288808
Faks:05-5288802, 05-5288805, 05-5288809
Pulau Pinang
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Pulau Pinang
Aras 3, Bangunan Persekutuan
Jalan Anson,
10400 Pulau Pinang
Tel: 04-2265161, 04-2262558, 04-2271161
Faks: 04-2269320
Kedah
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Kedah
Kementerian Dalam Negeri
Aras Bawah dan Aras Satu, Bangunan KDN ,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Muadzam Shah Anak Bukit,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7314359, 04-7314585,04-7355744, 04-7302821
Perlis
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Perlis,
Aras Bawah, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Persiaran Wawasan
01000 Kangar
Perlis.
Tel: 04-9795205
Faks: 04-9767622
Kelantan
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Kelantan
Tkt. 1, Wisma Persekutuan,
Jalan Bayam,
15551 Kota Bharu.
Tel : 09-7482793, 09- 7441717, 09-7430635, 09-7430636
Faks : 09-7487867
Terengganu
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Terengganu
Tingkat 2, Wisma Persekutuan,
20551 Kuala Terengganu.
Tel :09-6301031, 09-6301032, 09-6301035,
09-6301037, 09-6301034, 09-6301039
Faks : 09-6230839, 09-6267582
Wilayah Persekutuan Labuan
Jabatan Pendaftaran Negara
Wilayah Persekutuan Labuan,
Blok 4, Tingkat 3,
Kompleks Ujana Kewangan,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel : 087-411205
Faks : 087-418004
Sabah
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Sabah,
Aras 1-5, Blok B,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan UMS, Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-488300, 088-488301,
Faks: 088-488326
Sarawak
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Sarawak,
Bangunan Tun Datuk Patinggi,
Tuanku Haji Bujang,
93551 Kuching
Tel: 082-242223, 082-255951,
082-248120,082-234054
Faks: 082-242446
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia JPN,
Category
Tags/Keywords
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pendaftaran Negara johor Jabatan Pendaftaran Negara melaka Jabatan Pendaftaran Negara negeri kedah Jabatan Pendaftaran Negara negeri kelantan Jabatan Pendaftaran Negara negeri pahang Jabatan Pendaftaran Negara negeri perak Jabatan Pendaftaran Negara negeri perlis Jabatan Pendaftaran Negara negeri sabah Jabatan Pendaftaran Negara negeri sarawak Jabatan Pendaftaran Negara negeri selangor Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan Jabatan Pendaftaran Negara negeri terengganu Jabatan Pendaftaran Negara pulau pinang Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Pendaftaran Negarawilayah persekutuan labuan jpn pendaftaran kad pengenala pendaftaran perkahwinan pendaftran kelahiran pendaftran kematian warganegara