TIPS: PENDAFTARAN HAJI DAN URUSAN AKAUN TABUNG HAJI KINI LEBIH MUDAH DENGAN ATM BANK ISLAM
Bagi sesiapa yang ingin beruusan dengan Tabung Haji sebelum ini agak sukar kerana cawangan tabung haji yang tidak banyak di seluruh Malaysia. Namun kini urusan tabung haji lebih mudah jika anda mempunyai akaun bank lain seperti Bank Islam atau Bank rakyat. Admin buat pertama kali mencuba membuat urusan tabung haji seperti pertanyaan baki akaun TH, […]
Full Description
Bagi sesiapa yang ingin beruusan dengan Tabung Haji sebelum ini agak sukar kerana cawangan tabung haji yang tidak banyak di seluruh Malaysia. Namun kini urusan tabung haji lebih mudah jika anda mempunyai akaun bank lain seperti Bank Islam atau Bank rakyat.
Admin buat pertama kali mencuba membuat urusan tabung haji seperti pertanyaan baki akaun TH, pautan akaun TH dengan bank islam, kemasukan duit atau wang ke dalam CDM cash deposit bank islam terus ke TH account dan pendaftaran haji.
Bagi memudahkan urusan, masukkan kad atm bank islam dan link kan akaun bank islam dengan tabung haji. Caranya dengan menggunakan ATM bank islam, pilih option tabung haji dan pilih “account link-own” dan masukkan nombor akaun Tabung haji anda beserta nombor buku tabung haji. Akaun TH anda secara pantas terus sudah boleh diakses dari kad bank islam anda.
Untuk pendaftaran haji pula, gunakan kad bank islam anda di ATM bank islam dan terus ke “tabung haji” dan pilih “pendaftaran haji”. Pastikan ada balance melebihi RM1300 di dalam akaun TH anda. Kemudian resit akan keluar menunjukkan tahun giliran anda dapat menunaikan haji selepas jumlah wang di TH account mencukupi.
Semua urusan hanya memakan masa beberapa saat sahaja. Tidak perlu menunggu lama di kaunter TH.
Selamat mencuba!
TIPS: PENDAFTARAN HAJI DAN URUSAN AKAUN TABUNG HAJI KINI LEBIH MUDAH DENGAN ATM BANK ISLAM
Tags/Keywords