NATIONAL DODGEBALL COMPETITION SEMPENA MSTGE 2012 MENDAPAT SAMBUTAN
NATIONAL DODGEBALL COMPETITION SEMPENA MSTGE 2012
MENDAPAT SAMBUTAN
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
[email protected]
SRI KEMBANGAN, 29 OKTOBER 2012 – Disamping expo yang mempami…
Full Description
NATIONAL DODGEBALL COMPETITION SEMPENA MSTGE 2012
MENDAPAT SAMBUTAN
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
SRI KEMBANGAN, 29 OKTOBER 2012 – Disamping expo yang mempamir serta menjual peralatan Sukan terdapat juga aktiviti sampingan atau ‘side event’ yang memeriahkan Malaysia Sports Trade and Golf Expo (MSTGE 2012) yang berlangsung pada 25 hingga 28 Oktober 2012. Antaranya adalah Pertandingan Dodgebal Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Paintball, Aktiviti Wall Climbing, Red Bull Monkey Run dan juga beberapa lagi aktiviti menarik.
Antara yang mendapat sambutan adalah Pertandingan DodgeBall peringkat Kebangsaan yang berjaya menarik minat remaja masa kini . Sebanyak 24 pasukan telah bertanding dengan penglibatan seramai 240 orang peserta.
Walaupun sukan ini dipelopori oleh remaja berbangsa Cina, namun ia sebenarnya terbuka kepada semua tidak mengira kaum, bangsa dan agama. Sukan ini merupakan adaptasi permainan ketika di zaman kanak-kanak dahulu iaitu bola beracun dan telah distandardkan konsepnya di US dan menjadi ikutan negara-negara lain termasuk Asia.
Sukan ini mula mendapat nama di Malaysia sekitar tahun 2008. Persatuan Dodgeball Kebangsaan mengalu-alukan penyertaan remaja dalam Sukan ini dan boleh terus melayari www.dodgeball.com.my
Untuk Pertandingan Dogeball sempena MSGTE 2012 ini pasukan Devils Duke (UCSI) merupakan juara untuk kategori lelaki manakala pasukan Storm Dodgeball Club (Kolej Taylor Sunway ) telah mengungguli pasukan wanita.
Disunting oleh : Haji Sulaiman Abd Manan, Unit Komunikasi Korporat