MBM ANJUR GOLF AMAL 2012
MBM ANJUR GOLF AMAL 2012
Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan, Unit Komunikasi Korporat, KBS
[email protected]
PUTRAJAYA, 30 Oktober 2012 – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyasarkan sekurang-kurang setengah juta ringgit melalui ku…
Full Description
MBM ANJUR GOLF AMAL 2012
Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan, Unit Komunikasi Korporat, KBS
PUTRAJAYA, 30 Oktober 2012 – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyasarkan sekurang-kurang setengah juta ringgit melalui kutipan sumbangan atau penajaan melalui pertandingan golf amal atau Golf For Charity “Youth Love Peace” yang akan di adakan di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 17 November nanti.
Pertandingan yang melibatkan melibatkan seramai 120 pemain melalui 30 flight bakal disertai Perdana Menteri bertujuan mencari dana untuk kebajikan dan pembangunan belia di negara ini. Melalui kerjasama dua hala, MBM dan sektor swasta akan merealisasikan pertandingan ulung sebagai satu transformasi mendekatkan belia dengan sukan yang berprestij dan mempunyai ramai peminat.
Menurut Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rafiee, program ini merupakan jaringan pintar atau “Smart Partnership” di antara MBM dan agensi swasta serta awam dalam memperoleh dana dan pembiayaan bagi perlaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.
“Penganjuran MBM Golf For Charity 2012 ini bertujuan untuk menaikkan nama pergerakan belia di Malaysia agar setaraf dengan agensi kerajaan dan korporat dalam Negara pada masa kini,” ujarnya pada majlis pra–pelancaran Golf For Charity 2012 – Youth Love Peace oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.
“Menerusi golf tegasnya, MBM berusaha untuk membina rangkaian hubungan di kalangan sektor korporat, pentadbiran dan professional memandangkan golf merupakan salah satu medium terbaik bagi MBM untuk mendekati golongan ini. Program ini ibarat sebagai batu loncatan agar MBM dapat dikenali dengan lebih meluas dalam aspek kerja-kerja dan aktiviti belia.”
MBM mensasarkan penyertaan sebanyak 30 ‘flight’ melibatkan seramai 120 pemain golf dengan yuran penyertaan penajaan minimum sebanyak RM5,000 dan minimum RM100,000 bagi penaja platinum. Pihak MBM juga mensasarkan sekurang-kurangnya RM500,000 bagi penaja awam dan swasta yang akan bekerjasama dalam menjayakan program MBM Golf For Charity 2012 “ Youth Love Peace ”. Hasil dana yang dikumpul menerusi program ini akan disalurkan kepada program-program pembangunan belia di peringkat akar umbi serta tabung kebajikan belia.
MBM turut menyeru kepada syarikat-syarikat swasta yang ingin menaja program MBM Golf For Charity 2012 ini dan bagi orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MBM Golf For Charity 2012 ini juga boleh melayari laman sesawang MBM iaitu www.belia.org.my atau www.facebook.com/mbmgolfforcharity2012.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin , Unit Komunikasi Korporat KBS