PESERTA PERDANA LEADER FELLOWSHIP BERSAMA Y. BHG TANSRI DR. SULAIMAN MAHBOB
PESERTA PERDANA LEADER FELLOWSHIP BERSAMA
Y. BHG TANSRI DR. SULAIMAN MAHBOB
Disediakan oleh : MOHD IKHWAN BIN MOHD RAZULLY, Bahagian Pembangunan Belia
m.ikhwan@kbs,gov.my
KUALA LUMPUR, 7 NOV 2012 : Sesi pembelajaran peserta P…
Full Description
PESERTA PERDANA LEADER FELLOWSHIP BERSAMA
Y. BHG TANSRI DR. SULAIMAN MAHBOB
Disediakan oleh : MOHD IKHWAN BIN MOHD RAZULLY, Bahagian Pembangunan Belia
m.ikhwan@kbs,gov.my
KUALA LUMPUR, 7 NOV 2012 : Sesi pembelajaran peserta Perdana Leader Fellowship di UNIRAZAK diteruskan lagi dengan perkongsian ilmu bersama Y.Bhg. Tan Sri Sulaiman Mahbob, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pada kali ini, peserta diberikan input-input tentang kewangan antarabangsa dan krisis kewangan yang sedang dihadapi oleh Malaysia.
Beliau juga turut berkongsi pengalaman mengenai cara-cara Malaysia menangani krisis ekonomi yang berlaku setiap 10 tahun seperti krisis ekonomi pada tahun 1987 ,1997 dan 2009 .Beliau juga adalah salah seorang yang terlibat dalam menyelesaikan masalah tersebut kerana pada masa itu beliau berkhidmat Unit Perancang Ekonomi. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa turut terjejas tetapi mengambil masa yang singkat untuk pulih daripada krisis yang berlaku.
Menurut salah seorang peserta Perdana Leader Fellowship, Mohamad Redzuan Saib, “Malaysia telah mengambil satu pendekatan yang amat baik sekaligus menunjukkan bahawa pentingnya sesuatu isu itu ditangani secara holistik untuk mengurangkan kesan krisis dalam pembangunan ekonomi negara”.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat