BELIA FELDA TINJAU PELUANG DI KBS
BELIA FELDA TINJAU PELUANG DI KBS
Oleh : Abdul Hadi Hassan, Unit Komunikasi Korporat KBS
[email protected]
PUTRAJAYA, 7 November 2012 – Seramai 200 orang belia dari tiga Gugusan Felda telah melawat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) un…
Full Description
BELIA FELDA TINJAU PELUANG DI KBS
Oleh : Abdul Hadi Hassan, Unit Komunikasi Korporat KBS
PUTRAJAYA, 7 November 2012 – Seramai 200 orang belia dari tiga Gugusan Felda telah melawat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengenali dengan lebih dekat peranan dan tanggungjawab kementerian ini disamping meninjau peluang yang disediakan dalam program pembangunan belia di negara ini.
Mereka mewakili persatuan-persatuan belia yang memenangi beberapa pertandingan di peringkat Felda yang di datangkan dari Felda Trolak, Johor dan Jengka.
Mereka diberikan taklimat mengenai program pembangunan belia dan sukan oleh pegawai dari kedua-dua bahagian berkenaan. Dalam taklimat berkenaan, peserta dipelawa untuk mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan KBS. Persatuan-persatuan belia juga disaran agar sentiasa mendekatkan diri dengan mana-mana Pejabat Belia dan Sukan Daerah untuk mengambil peluang yang ditawarkan seperti peluang mengikuti kursus, pertandingan sukan dan sebagainya.
Para belia diminta memanafaaat sepenuhnya kemudahan gelanggang fustsal 1 Malaysia dan Gymnasium Rakyat 1 Malaysia yang dibina disetiap daerah kerana ia dibina untuk kemudahan orang ramai khususnya belia.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )