KBS-MAM KAPCAI ENDURANCE PUSINGAN KEENAM
KBS-MAM KAPCAI ENDURANCE PUSINGAN KEENAM
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh, (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
[email protected]
SUBANG JAYA, 6 Januari 2013 – Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) dengan kerjasama Motorsport Association of M…
Full Description
KBS-MAM KAPCAI ENDURANCE PUSINGAN KEENAM
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh, (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
SUBANG JAYA, 6 Januari 2013 – Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) dengan kerjasama Motorsport Association of Malaysia (MAM) telah menganjurkan Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance pusingan keenam di Litar Elite Speedway Plus di sini hari ini.
Pada pusingan tersebut, kategori kelas 1 (100cc) dimenangi pasukan Scud Motorsport, kategori kelas 2 (120cc) digondol pasukan Lyhin Daris Motorsports dan kategori kelas 3 (150cc) menjadi milik pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing.
Majis penyampaian trofi kemenangan disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Mohd. Ghani Mohd. Yusof.
Siri kejohanan Endurance adalah khusus bagi motosikal kapcai dan matlamat kejohanan tersebut adalah bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam perlumbaan motosikal.
Setiap pasukan mesti di anggotai empat orang pelumba dan seorang pengurus. Bagi setiap siri kejohanan, setiap pasukan akan berlumba selama dua jam. Tujuh pasukan daripada setiap kelas layak bertanding pada kejohanan akhir yang bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 23 dan 24 Februari nanti.
Pemenang-pemenang bagi setiap kelas di kejohanan akhir akan diberi tempat bertanding secara percuma di kejohanan SIC Ninja Cup 2013. Pemenang di kejohanan SIC Ninja Cup 2013 pula akan diberi tempat ” Wildcard” secara percuma di acara Moto 3, MotoGP Sepang 2014.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )