PELBAGAI ACARA HIASI HARI KEDUA KARNIVAL ASTRO FIESTA
PELBAGAI ACARA HIASI HARI KEDUA KARNIVAL ASTRO FIESTA
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia, KBS
PAPAR, 6 Januari 2013 –Suasana Karnival Astro Fiesta Mesra Belia Parlimen Papar pada hari ke dua bertambah dengan pelbagai acara yang …
Full Description
PELBAGAI ACARA HIASI HARI KEDUA KARNIVAL ASTRO FIESTA
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia, KBS
PAPAR, 6 Januari 2013 –Suasana Karnival Astro Fiesta Mesra Belia Parlimen Papar pada hari ke dua bertambah dengan pelbagai acara yang tdisediakan untuk pengunjung. Bertempat di Padang Pekan Papar, kehadiran masyarakat setempat ke kawasan tersebut menjadikan Pekan Papar sebagai lokasi tumpuan mereka sepanjang berlangsungnya karnival ini.
Antara program yang diadakan adalah senam sihat, kempen 10,000 Langkah dan kempen Kayuhan Sihat. Dianggarkan lebih 1000 orang terlibat dalam kempen tersebut yang terdiri daripada golongan dewasa, warga emas, remaja dan kanak-kanak.
Kempen tersebut adalah anjuran bersama Parlimen Papar dan MySihat. Pelancaran kempen tersebut dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Selain itu, terdapat banyak lagi acara lain yang berlangsung, seperti kempen derma darah anjuran Persatuan Belia Hakka Papar, pemeriksaan kesihatan, klinik pergigian Papar, pertandingan mewarna kanak-kanak, demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Papar, gerai-gerai pameran agensi kerajaan, gerai-gerai jualan, pertandingan karaoke lagu-lagu Melayu, Bajau, Kadazan Dusun Murut, pameran kenderaan pacuan empat roda, sukan rakyat dan banyak lagi.
Disunting oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)