INFO HERBA KUNYIT PUTIH UNTUK ATASI KANSER
::::::INFO:::::: Kunyit putih diyakini memiliki khasiat antikanser. Meskipun demikian, cuma kunyit putih jenis mangga (Curcuma mangga) yang tumbuh terbatas di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia, yang dapat mencegah atau mengubati kanser. Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik ubinya seperti halia dan berwarna kuning muda (krim). Dalam keadaan segar baunya seperti buah […]
Full Description
::::::INFO::::::
Kunyit putih diyakini memiliki khasiat antikanser. Meskipun demikian, cuma kunyit putih jenis mangga (Curcuma mangga) yang tumbuh terbatas di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia, yang dapat mencegah atau mengubati kanser. Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik ubinya seperti halia dan berwarna kuning muda (krim). Dalam keadaan segar baunya seperti buah mangga kuini dan apabila telah diekstrak atau dijadikan serbuk, warnanya tetap kuning muda (krim).
Menurut Ketua Direktorat Pengawasan Obat Tradisional Ditjen POM, Ketut Ritiasa, penelitian tentang kunyit putih telah dilakukan di Cina sejak tahun 1988. Kunyit putih diketahui mengandungi minyak atsiri yang terdiri dari curdione dan curcumol..
Kunyit putih bersifat antioksidan dan dapat menahan zat radikal bebas yang menjadi penyebab tumbuhnya sel kanser serta dapat meningkatkan sel darah merah. “Tetapi kunyit putih sebaiknya tidak digunakan pada masa kehamilan kerana dapat mengakibatkan keguguran,” ingat Ketut.
Kecil ukurannya.. Tetapi jangan diremehkan khasiatnya. Kunyit putih atau temu putih adalah satu di antara tanaman berkhasiat yang boleh diolah menjadi ubat tradisional. Bernama latin Curcuma zedoaria, kunyit putihmerupakan tanaman rimpang atau ubi-ubian. Sekilas tanaman ini serupa dengan temu mangga, sebab warnanya sama-sama putih.
Kunyit atau kunir putih juga berbeza dengan kunyit kuning yang berwarna kuning. Tanaman ini bermanfaat untuk melegakan perut yang kembung. Bahkan sebahagian orang menyakininya dapat mencegah kanser. Juga ada yang mendakwanya sebagai ubat kanser.
Boleh jadi ini kerana kunir putih memiliki sifat antikanser lewat kerja imunomodulator-nya. Ekstrak kedua tanaman ini pada percubaan keatas tikus ternyata memperbanyak jumlah limfosit, meningkatkan ketoksikan sel pembunuh kanser (natural killer) dan sintetik antibodi spesifik. Sifat-sifat di atas akan menguatkan mekanisme pertahanan tubuh terhadap virus mahupun sel kanser.
Category
Tags/Keywords