Pakaian rawatan harian Produk Kesihatan Gerik perak
Pakaian rawatan harian RM212 Pekan Grik Kaki adalah aurat. Saya dah lama tau pasal tu. Dari zaman sekolah. Saya pun pelajar sekolah agama. Namun, malangnya, pada zaman sekolah, saya pakai setokin bukan sebab Allah, tapi sebab peraturan sekolah. Pada minggu pertama di universiti, saya didatangi satu kumpulan mahasiswi bertudung labuh. Saya tersengih-sengih sahaja tatkala mereka […]
Full Description
Kaki adalah aurat. Saya dah lama tau pasal tu. Dari zaman sekolah. Saya pun pelajar sekolah agama. Namun, malangnya, pada zaman sekolah, saya pakai setokin bukan sebab Allah, tapi sebab peraturan sekolah.
Pada minggu pertama di universiti, saya didatangi satu kumpulan mahasiswi bertudung labuh. Saya tersengih-sengih sahaja tatkala mereka memujuk saya untuk menutup kaki.
“Pakailah stokin macam kami. Insya-Allah, nanti kaki kita cantik dan lembut sebab tak kena debu-debu jalan.” Begitu pesan mereka. Begitu berhikmah sekali. Langsung tidak disebut tentang dosa dan neraka, barangkali kerana mereka yakin saya sudah mengetahuinya.
Malangnya, hati saya tetap tidak terkesan dengan kaedah psikologi yang mereka gunakan. Masya-Allah.. betapa kerasnya hati ini. 🙁
Ketika detik-detik awal perkahwinan, suami pula berbunyi..
“Sayang, nanti pakai setokin ya. Allah dah suruh tu, kita buat sajalah. Buat apa nak lawan? ” Pujuk suami bersahaja sambil menghadiahi beberapa pasang setokin kepada saya.
Alahai.. Saya masih memandang tuntutan ini sambil lewa. Namun, saya tidak pula berani membantah arahannya. Adakalanya bila keluar saya pakai juga..tapi pada kebanyakan masa, saya selalu lupa atau buat-buat lupa.
Bila suami tengok saya tak pakai setokin bila keluar, dia tak marah. Cuma dia buat muka bad mood dan tak nak bercakap dengan saya. Sekali..dua kali.. saya buat tak tahu saja. Tapi dia terus ‘boikot’ saya setiap kali saya keluar tak pakai setokin. Lama kelamaan, saya jadi rimas dengan ‘penyepiannya’. Maklumlah, saya ni jenis suka bercerita. Kalau dia buat tak tahu saja bila saya cakap, aduhai..betapa menderitanya!
Akhirnya, saya mula serik. Setiap kali keluar, saya akan pakai setokin. Masih bukan sebab Allah.. tapi sebab suami. Sebab saya tak nak bercakap sorang-sorang lagi. Namun, lama kelamaan memakai setokin sudah jadi kebiasaan saya. Di depan suami saya pakai bahkan kalau dia tak ada pun, saya akan pakai juga. Kalau tak pakai, dah mula rasa tak selesa.. dah mula rasa berdosa. Akhirnya, saya istiqamah menjaga tuntutan agar menutup kaki sehingga kini dan moga amalan ini kekal hingga tercabut nyawa dari jasad ini. Amin ya Allah.
Sahabat yang baik..
Sekadar mengulangi pesanan yang pernah saya terima.. “Kalau Allah dah suruh tu, kita buat sahajalah!” Memang betul, kan? Buat apa kita nak lawan, buat apa kita nak tunjuk keras kepala kita?
Tutuplah aurat kita.. kaki pun aurat juga. Pakailah setokin. Macam kes saya, kaedah psikologi tidak berjaya.. tapi berjaya juga dengan kaedah ‘terpaksa’. Mula-mula mungkin susah memujuk hati agar ikhlas dan tidak rimas… namun percayalah.. akan sampai peringkat di mana kita akan terbiasa akhirnya.
Ayuh pujuk hati sendiri.. bantu diri kita untuk mendapat tiket ke syurga-Nya. Mana tahu, mungkin niat sekecil memakai setokin ini yang menjadi asbab kita mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. Kalau semalam, kita tidak menutup kaki, mulakannya hari ini. Sekurang-kurangnya kita sudah pun menjadi orang beruntung yang punya hari lebih baik dari semalam.. seperti yang disebut oleh Baginda Nabi.
Jom pakai setokin mulai hari ini.. Ikhlas atau tidak belakang kira.. yang penting, ia wajib hukumnya.. Tutup aurat jika tidak ikhlas mungkin tidak mendapat pahala.. namun, sekurang-kurangnya, kita tidak berdosa! Kita cuba ya..pm 0175836637
Category
Tags/Keywords