Tip jadi wanita isteri ibu yang berdamai dengan hati.

Tip jadi wanita isteri ibu yang berdamai dengan hati.

Tip jadi wanita/ isteri/ ibu yang berdamai dengan hati. ======================= Saya kerap mendapat luahan rakan-rakan. Menjadi wanita, isteri dan ibu bukan mudah seperti makan. Kadang stabil kadang meroyan sakan. Kadang rajin, kadang penat sampai baju tak berlipat jadi hiasan. Kadang sabar, kadang marah dan membebel rasa anak tekak boleh keluar. Mahu jadi wanita yang berdamai […]



Advert ID #90535

Full Description


Tip jadi wanita/ isteri/ ibu yang berdamai dengan hati.
=======================

Saya kerap mendapat luahan rakan-rakan. Menjadi wanita, isteri dan ibu bukan mudah seperti makan. Kadang stabil kadang meroyan sakan.

Kadang rajin, kadang penat sampai baju tak berlipat jadi hiasan. Kadang sabar, kadang marah dan membebel rasa anak tekak boleh keluar.

Mahu jadi wanita yang berdamai dengan hati di rumah?

Ia perlukan kemahiran kawal emosi. Untuk kawal emosi, kita perlukan ilmu berikut:

1) Ilmu mentarbiyyah diri

Ini ilmu rohani. Jiwa perlu diisi. Solat perlu dijaga. Hubungan dengan Allah perlu dijaga. InshaAllah hubungan dengan manusia boleh terjaga. Nak suami baik, rajin membantu, doa pada Allah. Nak anak akhlak baik pun kena doa. Nak jiwa tenteram pun kena doa. Kena baca Quran dan faham ayat Allah. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

2) Ilmu tutup mulut masa marah

Ini ilmu mahal dan bukan mudah. Mahu tahan hati. Tapi boleh dilatih dengan bercakap yang perlu saja, yang bermanfaat saja.

3) Ilmu tenangkan diri masa marah

Ini ilmu peringkat kedua lepas pandai tutup mulut masa marah. Kena pandai rawat diri. Ini boleh cuba pelbagai cara.

– Bersendiri (contoh: masuk bilik)
– Pernafasan (Boleh belajar dalam seminar Puan Maznah Ibrahim, biasanya tarik nafas dengan panjang dan lepas perlahan)
– Alih perhatian (Tengok drama atau baca buku cerita)
– Baca Quran (Paling awesome. Ambil wudhu dan baca)
– Jeritan di tempat asing (Contoh: Masuk dalam kereta, jerit kuat-kuat sambil lepas geram)

4) Ilmu bersangka baik

Selalu sangka baik dengan suami, dengan anak. Kalau suami tak tolong, sangka baik dulu sebelum marah. Mungkin dia pun stress, jadi asyik tengok HP. Sama-sama stress. Masa kita sangka baik, kita sebenarnya mengurus persepsi, supaya kita jadi lebih positif dan rasional. Bukan emosi. Tapi, kena belajar bercakap dengan suami secara positif. Kena luahkan. Baca seterusnya.

5) Ilmu komunikasi.

Komunikasi yang baik adalah tahu, faham dan buat apa saja cara untuk berkomunikasi dengan suami dan anak dengan baik.

Komunikasi fizikal (sebelum keluar, ada pelukan, salam)
Komunikasi wajah (faham bahasa memek muka pasangan dan anak)
Komunikasi verbal (boleh bercakap dengan baik antara satu sama lain)
Komunikasi tulisan (Saling berhubung dengan baik melalui whatsapp, surat, email)

5) Ilmu cerita

Ilmu cerita ini adalah ilmu meluah. Perempuan fitrahnya suka meluah untuk dapat ketenangan. Meluah perlu SOP berikut:

– Tanya kesediaan suami untuk meluah.
– Tanya kesediaan suami untuk marah.
– Tanya kesediaan suami untuk dengar bebelan.
– Mula meluah, marah atau bebel dengan persediaan suami.

Ilmu cerita juga perlu menggunakan bahasa ‘saya’ untuk menerbitkan rasa empati daripada suami.

Contoh:
Isu, suami tak nak tolong jaga anak, masa isteri masak.

Nota: Pastikan sudah minta izin suami.

“Abang, saya penat, saya sedih, saya kecewa. Anak-anak nangis, saya perlu masak. Tiada orang tolong saya untuk tenangkan anak-anak. Saya rasa tertekan. (Ayat luahan)

Saya tahu abang sayang anak-anak. Saya tahu abang suami yang baik dan suka membantu. (Pujian kepada suami)

Saya happy sangat jika abang boleh tolong tengok anak masa saya masak. Saya syukur sangat jika abang boleh beri kata-kata yang buat saya lebih tenang dan rasa dihargai” (Ayat permintaan)

Jika tulis surat atau whatsapp juga boleh guna bahasa ini.

6) Ilmu dorong suami yang awesome.

Ini perlu berguru untuk amalkan komunikasi teknik Nabi saw. Cara tegur suami. Cara naikkan self esteem suami. Cara mendorong suami corot jadi awesome.

7) Ilmu dorong anak jadi baik

.
.
Didoakan bermanfaat dan selamat hari wanita.

Benar,
Ummu Ilham.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)



Tags/Keywords

tip ibu

Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply