ARTIS SOKONG KEMPEN ‘ROAD TO PUTRAJAYA YOUTH FESTIVAL 2013’
ARTIS SOKONG KEMPEN ‘ROAD TO PUTRAJAYA YOUTH FESTIVAL 2013’
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
[email protected]
PEKAN, 3 November 2012 – Artis tanahair turut menyokong kempen “Road To Putraj…
Full Description
ARTIS SOKONG KEMPEN ‘ROAD TO PUTRAJAYA YOUTH FESTIVAL 2013’
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
PEKAN, 3 November 2012 – Artis tanahair turut menyokong kempen “Road To Putrajaya Youth Festival 2013” yang diadakan Unit Komunikasi Korporat sewaktu Astro Fiesta Mesra Belia 2012 di kawasan tempat letak kenderaan Pekan Riverfront di sini hari ini.
Penyanyi muda yang popular dengan lagu “Teman Pengganti”, Black dan penyanyi “Pada Syurga di Wajahmu”, Nash adalah di antara artis yang menyokong kempen ini dengan menurunkan tandatangan di kain rentang yang disediakan. Selain itu, Black turut mengisi borang kaji selidik belia yang disediakan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malayasia (IPPBM) sebelum mengadakan sesi bertemu peminat yang kebetulan turut menyokong kempen yang diadakan itu. Peserta Raja Lawak, kumpulan Talam turut menurunkan tandatangan mereka sebagai menyokong kempen ini sambil menghebahkannya kepada pengunjung melalui celoteh mereka ketika mengacarakan majlis.
Kempen yang diadakan sejak awal pagi mendapat sambutan yang baik dari pengunjung apabila lebih 600 orang menurunkan tandatangan di kain rentang dan mengisi borang kaji selidik belia.
Kempen “Road To Putrajaya Youth Festival 2013” di Pekan ini adalah lanjutan kempen yang sama yang bermula sejak perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur tidak lama dahulu. Ia sebagai promosi awal untuk memaklumkan orang ramai tentang festival yang bakal berlangsung Mei tahun depan dengan nama baharu yang pastinya menyajikan pelbagai aktiviti yang lebih ikonik dan pengalaman menarik kepada pengunjung.
Disunting oleh: Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)