ATLET PARALIMPIK TERIMA SHAKAM
ATLET PARALIMPIK TERIMA SHAKAM
Oleh: Nurul Asfahlina Mohamed Johari, Unit Komunikasi Korporat (KBS )
[email protected]
PUTRAJAYA, 7 Januari 2012 – Atlet Paralimpik yang memenangi pingat di Sukan Paralimpik London 2012 lalu hari ini men…
Full Description
ATLET PARALIMPIK TERIMA SHAKAM
Oleh: Nurul Asfahlina Mohamed Johari, Unit Komunikasi Korporat (KBS )
PUTRAJAYA, 7 Januari 2012 – Atlet Paralimpik yang memenangi pingat di Sukan Paralimpik London 2012 lalu hari ini menerima Skim Hadiah Kemenagan Sukan (SHAKAM) atas kejayaan mereka dalam satu majlis yang diadakan sempena Perhimpunan Mesra Bulan Januari, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
Pada temasya Sukan Paralimpik London 2012, atlet paralimpik negara Hasihin Sanawi dan Mohd Ziyad berjaya menyumbangkan pingat perak bagi acara memanah dan gangsa bagi acara lontar peluru bagi kontigen negara Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek telah menyampaikan pemberian Shakam kepada mereka yang menerima sebanyak RM200,000 bagi pingat perak dan RM100,000 bagi gangsa. Mohd. Ziyad dan Hasihin masing-masing turut menerima RM100,000 sebagai tambahan hadiah kemenangan mereka yang berbentuk sijil simpanan amanah saham wawasan.
Selain pemberian Shakam, pada majlis yang sama juga Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek turut menyampaikan Hadiah Pertandingan Pengemaskinian Maklumat / Kandungan Portal bagi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM). Kategori JBSN di menangi Negeri Kedah manakala kategori IKTBN / IKBN disandang oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong, Negeri Sembilan.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )