BALQIS AGROTECH , TAMPOI
BALQIS AGROTECH , TAMPOI pertanian secara kecil Baja Organik membekalkan baja kompos
Full Description
BALQIS AGROTECH , TAMPOI BALQIS AGROTECH ditubuhkan pada 8 Mei 2007, mula menjalankan perniagaan di dalam bidang pertanian secara kecil- kecilan di sekitar kawasan Pekan Parit Raja sahaja. Setahun kemudian pada 26 Mei 2008, BALQIS AGROTECH telah didaftarkan dibawah SSM dan dari situ bermulah operasi syarikat secara menyeluruh di Negeri Johor. – Mac 2008 bermula kerjasama antara Balqis Agrotech dan Kitab Waima Group Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Negeri Kelantan. Kerjasama yang pada mulanya hanya sekadar bertukar – tukar pendapat akhirnya menjadi sebuah kerjasama yang menghubungkan diantara dua negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan selatan tanahair. – Bermula awal 2009, Balqis Agrotech telah mula bergerak secara bersendirian untuk meneroka pasaran di dalam bidang pertanian moden khususnya di dalam bidang pembuatan dan pemasaran Baja Organik. Selain menyertai pameran – pameran pertanian di sekitar Negeri Johor, Balqis Agrotech juga telah mendapat kepercayaan pihak Jabatan Pertanian Johor di dalam Program Bumi Hijau dengan mendapat tawaran membekalkan baja kompos bagi tujuan agihan kepada peserta program tersebut. – Aktiviti – aktiviti yang dijalankan oleh syarikat tidak terhad hanya di sekitar Negeri Johor sahaja, malahan pihak syarikat telah merancang dan meninjau peluang – peluang yang ada bagi meneroka pasaran baja organik di pasaran antarabangsa. ALAMAT PEJABAT : NO. 29-A, JALAN PADI EMAS 3/2, BANDAR BARU UDA, PUSAT BANDAR TAMPOI, 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR. NO. TELEFON : 07 232 7851 NO. FAKS : 07 232 7852 CAWANGAN : NO 58, BLOK 3, FELDA KLEDANG, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR. KILANG : NO 173, KG. PARIT HAJI ALI DARAT 86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR. EMAIL : [email protected] WEBSITE : www.balqisagrotech.com
BALQIS AGROTECH , TAMPOI,
Category