BELIA SARAWAK MENYAHUT SERUAN 1M4U
BELIA SARAWAK MENYAHUT SERUAN 1M4U
Oleh : Mohd Naqiuddeen Esa, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
[email protected]
MIRI, 11 Oktober 2012 – Program 1M4U yang telah dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia pada 15 Julai 2012 yan…
Full Description
BELIA SARAWAK MENYAHUT SERUAN 1M4U
Oleh : Mohd Naqiuddeen Esa, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
MIRI, 11 Oktober 2012 – Program 1M4U yang telah dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia pada 15 Julai 2012 yang lalu telah disambut baik oleh belia-belia Sarawak dengan turut menyumbang bakti melalui aktiviti kesukarelawan dan kebajikan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PIBAKIS) Miri, Sarawak.
Sempena dengan pelaksanaan Kursus Peningkatan Kecemerlangan Kakitangan yang telah dilaksanakan khusus kepada pegawai dan kakitangan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak pada 8 hingga 10 Oktober 2012, BPSM dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Sarawak telah mengambil peluang untuk menerapkan semangat kesukarelaan dikalangan peserta melalui Program 1M4U di pusat jagaan bagi kanak-kanak sindrom down dan cacat fizikal.
Seramai 60 orang sukarelawan telah terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut yang terdiri daripada kakitangan IKBN Miri dan belia setempat dengan melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong-royong, menanam pokok, mengecat ruang pembelajaran dan membersihkan kawasan sekitar PIBAKIS.
Majlis penutup program telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Hj. Razali bin Mohamad. Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap komitmen belia- belia di Sarawak dalam menyahut seruan kerajaan melalui aktiviti kemasyarakatan dan keperihatinan mereka terhadap kesejahteraan masyarakat dikomuniti mereka.
Beliau turut menyampaikan sumbangan meja dan peralatan ping pong bagi pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri kepada pihak PIBAKIS. Turut hadir ialah En. Goh Yong Kiet, Penolong Pengarah dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri.
Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat)