CARA BUAT LOAN PINJAMAN KERETA RUMAH BAGI PENIAGA ATAU GAJI CASH DAN SUSAH DAPAT PINJAMAN
Bagi sesiapa yang sukar membuat pinjaman dari mana-mana bank disebabkan anda seorang peniaga, usahawan yang tidak mempunyai dokumen lengkap untuk membuat pinjaman seperti penyata akaun yang kukuh dan slip gaji beserti kwsp, anda boleh lakukan langkah di bawah bagi melayakkan anda mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah dan kereta atau aset lain. caranya: 1. Daftar […]
Full Description
Bagi sesiapa yang sukar membuat pinjaman dari mana-mana bank disebabkan anda seorang peniaga, usahawan yang tidak mempunyai dokumen lengkap untuk membuat pinjaman seperti penyata akaun yang kukuh dan slip gaji beserti kwsp, anda boleh lakukan langkah di bawah bagi melayakkan anda mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah dan kereta atau aset lain.
caranya:
1. Daftar ssm
2. Dapatkan alamat kedai
3. Buka akaun syarikat (akaun semasa) dengan menggunakan ssm anda
4. Setiap gaji yang anda dapat itu masukan kedalam akaun semasa dan lakukan transaksi kekerapan dalam tempoh sebulan sehingga 6 bulan
5. Dalam tempoh 6 bulan anda di galakan membuat caruman di kwsp
6. Buat pengauditan akaun syarikat dan bayar tax atas nama ssm anda.
7. Selepas tempoh 6bulan, insyaallah anda akan layak membuat pinjaman di bank.
Bagaimana cara lulus loan bank?
Bank akan meluluskan permohonan pinjaman anda jika semua dokumen lengkap. jika anda mempunyai syarikat bukan sdn berhad iaitu enterprise, pastikan duit keluar masuk setiap bulan dalam penyata bank mencukupi.
Pengiraannya seperti berikut:
total duit masuk setiap bulan bahagi dengan 4 = gaji pemilik syarikat.
kemudian, kelayakan bayaran bulanan pinjaman maksima bagi pemilik syarikat adalah 1 per 3 dari gaji pemilik.
contohnya : purata 6 bulan duit masuk RM10000 sebulan bahagi 4 = RM2500 adalah gaji CEO
kelayakan maksima bayaran bulanan loan kereta adalah 1/3 dari RM2500 = RM833 sebulan.
Manakala pembiayaan bulanan lain atas nama company seperti loan rumah dan personal dibolehkan selagi commitment tidak melebihi 60% gaji CEO = max RM1500 sebulan.
itu setakat yang saya tahu. namun lain bank mungkin mempunyai pendekatan berbeza dari segi pinjaman ini. harap betulkan saya. tq
Tags/Keywords