CARA MERINGANKAN WEBSITE, SERVER LOAD DAN MENINGKATKAN SECURITY ANTI SPAM
Hari ini admin ingin berkongsi berkenaan cara untuk membuatkan laman web anda lebih cepat untuk diakses, sekali gus meringankan beban hosting atau server anda dan meningkatkan security dari spam visitor. CARA MERINGANKAN WEBSITE, SERVER LOAD DAN MENINGKATKAN SECURITY ANTI SPAM Antara punca laman web menjadi berat adalah kerana struktur laman web itu sendiri yang memakan […]
Full Description
Hari ini admin ingin berkongsi berkenaan cara untuk membuatkan laman web anda lebih cepat untuk diakses, sekali gus meringankan beban hosting atau server anda dan meningkatkan security dari spam visitor.
CARA MERINGANKAN WEBSITE, SERVER LOAD DAN MENINGKATKAN SECURITY ANTI SPAM
Antara punca laman web menjadi berat adalah kerana struktur laman web itu sendiri yang memakan banyak cpu resources dan juga ram space. Sehingga satu tahap, lebih ramai pengunjung datang dan server tidak dapat lagi menampung visitor dan traffic yang sangat tinggi terutama akibat dari serangan spam visitor.
Jadi sebagai langkah mudah dan paling berkesan untuk mengelakkan dari server hang dan mengalami downtime yang teruk, berikut adalah cadangan atau langkah bagi pengguna laman web berasaskan wordpress dan juga laman web lain.
1) Gunakan cloudflare sebagai perisai dan juga cdn untuk meringankan web.
2) Hanya gunakan plugin yang betul2 perlu untuk laman web anda
3) Jangan gunakan terlalu banyak script dari Facebook kerana ia memakan masa untuk loading dan membebankan server jika memakan masa yg lama.. Satu sudah memadai.
4) Kurangkan bilangan request pada page anda. Anda boleh uji di laman tools.pingdom.com dan lihat berapa banyak request yang anda buat bagi setiap kali page loading.
5) Buang plugin seperti visitor statistic, wp cache dan lain2. Cukup sekadar menggunakan cloudflare.
6) Install anti spam captcha untuk elak spam visitor yg hanya mahu spam di ruangan komen. Ini terbukti banyak menurunkan jumlah bandwidth apabila spambot tak berjaya memberi komen dalam page anda.
7) Ringankan file image header anda dalam format jpg.
8) Kurangkan penggunaan widget pada sidebar dan footer.
9) Sentiasa update wordpress core dan plugin terkini.
10) Optimize setiap image dalam web anda. Jangan terlalu banyak image.
Selamat mencuba! Jika ada sebarang pandangan boleh beri di ruangan komen.