Detox Tanaman Yang Terkena Semburan Racun Rumpai
“Detox Tanaman Yang Terkena Semburan Racun Rumpai” Bukan orang aja kena detox. Tanaman sayur yang terkena semburan rumpai juga boleh didetoxkan. Caranya begini. Bahan-bahan: 2 sudu besar sirap jagung, 1 sudu besar syampu bayi, 1 liter air Cara 1. Campurkan bahan-bahan di dalam botol dan goncangkan sehingga terlarut. 2. Tuangkan larutan ke dalam penyembur. 3. […]
Full Description
“Detox Tanaman Yang Terkena Semburan Racun Rumpai”
Bukan orang aja kena detox. Tanaman sayur yang terkena semburan rumpai juga boleh didetoxkan. Caranya begini.
Bahan-bahan:
2 sudu besar sirap jagung,
1 sudu besar syampu bayi,
1 liter air
Cara
1. Campurkan bahan-bahan di dalam botol dan goncangkan sehingga terlarut.
2. Tuangkan larutan ke dalam penyembur.
3. Semburkan ke atas daun sayur.
4. Ulangi semburan selang 2 atau 3 hari selama seminggu.
Bagaimana cara larutan berfungsi?
Syampu bayi membantu memecahkan bahan kimia yang melekat pada permukaan daun sayur dan membolehkan ia dinyahkan dengan lebih cepat. Gula dalam sirap jagung akan melekat pada pemukaan daun dan mempercepatkan proses mengurai bahan kimia daripada racun rumpai.
Iskandar Ab Rashid
Tags/Keywords