FORUM PERDANA PEMBUKA TIRAI KARNIVAL ASTRO FIESTA PARLIMEN PAPAR
FORUM PERDANA PEMBUKA TIRAI KARNIVAL ASTRO FIESTA PARLIMEN PAPAR
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia, KBS
PAPAR, 5 Januari 2013 – Karnival Astro Fiesta Mesra Parlimen Papar dimulakan dengan acara Forum Perdana yang bermula pa…
Full Description
FORUM PERDANA PEMBUKA TIRAI KARNIVAL ASTRO FIESTA PARLIMEN PAPAR
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia, KBS
PAPAR, 5 Januari 2013 – Karnival Astro Fiesta Mesra Parlimen Papar dimulakan dengan acara Forum Perdana yang bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Padang Pekan Papar. Panel jemputan adalah Imam Muda Ahmad Hazran dan Ustaz Mukhliz manakala moderator adalah Tuan Haji Lamsin. Dianggarkan seramai 600 orang yang hadir dalam majlis ilmu tersebut.
Antara tajuk yang dikupas dalam forum tersebut adalah berkenaan bagaimana seorang hamba Allah mensyukuri nikmat yang diberi dan bagaimana pula kita melaksanakan amanah yang diberi. Panel menerangkan bahawa mensyukuri nikmat bukan semata-mata dengan beribadah sahaja akan tetapi banyak perkara yang pasti diambil kira di akhirat kelak.
Sebagaimana keadaan kita di Malaysia ini, selaku rakyat Malaysia kita harus bersyukur dengan keamanan, kesejahteraan, kestabilan ekonomi, dan kesihatan yang kita kecapi. Seterusnya dikaitkan dengan melaksanakan amanah yang dipikul khususnya terhadap pemimpin seperti pemimpin keluarga, pemimpin sesebuah kumpulan atau persatuan dan sehinggalah pemimpin politik.
Kehadiran para pelajar dari beberapa institusi pengajian berhampiran memeriahkan lagi suasana dengan pelbagai persoalan yang ditimbulkan. Sebenarnya ilmu-ilmu agama ini luas dan tidak cukup dibincangkan dengan hanya beberapa jam. Namun perkongsian yang bermakna ini sedikit sebanyak membuka minda para hadirin.
Pada penggulungan atau kesimpulan yang dibentangkan oleh panel, salah satu yang benar-benar menyentuh hati adalah perkataan atau ungkapan daripada Ustaz Mukhliz iaitu “jangan kufur nikmat yang diberi kerana sebahagian daripada kita adakalanya lalai menjalankan tanggungjawab. Sememangnya itulah lumrah manusia. Namun, berpegang teguhlah pada ajaran Allah. InsyaAllah kita akan sentiasa berada pada landasan yang betul.”
Disunting oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)