GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA KG. BAKAU TINGGI

GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA KG. BAKAU TINGGI

GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA KG. BAKAU TINGGI 
Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
[email protected]
 
KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013 –  Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mahukan agar  Gelanggang Fut…



Advert ID #6503

Full Description





GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA KG. BAKAU TINGGI 

Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

[email protected]

 

KEMAMAN, 9 FEBRUARI 2013 –  Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mahukan agar  Gelanggang Futsal 1Malaysia dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan berharap dapat melahirkan pemain dan pasukan futsal atau bola sepak yang berkebolehan tinggi yang datang daripada negeri Terengganu terutamanya daripada daerah Kemaman.

 

      Katanya, Malaysia mempunyai jumlah gelanggang dutsal yang paling banyak tetapi masih tidak mampu melahirkan jaguh-jaguh futsal atau sekurang-kurangnya meletakkan kedudukan Malaysia di kelompok terbaik di dalam sukan ini.

 

      Beliau berkata dermikian ketika merasmikan gelanggang Futsal 1Malaysia di Kampung  Bakau Tinggi dekat sini hari ini. Belia melakukan perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia ini selepas melakukan kayuhan basikal daripada Kampung Bukit Anak Dara, Kijal sempena program Jelajah 1Belia 1Malaysia Daerah kemaman hari ini. Program Jelajah 1Belia Kemaman yang disertai seramai 400 orang peserta bermula dari Pantai Kemasik dekat sini.

 

      Beliau kemudian menyerahkan replika kunci gelanggang futsal kepada wakil persatuan belia dan menandatangani plak perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia Kampung Bakau Tinggi. Bagi gimik perasmian, beliau dan ADUN Chukai,  Dato’ Haji Mohamed Awang Tera,  menendang bola ke dalam tiang gol.

 

      Perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia Kampung Bakau Tinggi ini adalah anjuran bersama Pejabat Parlimen Kemaman dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai, JKKK Kampung Bakau Tinggi dan Persatuan Generasi Berwawasan Belia.

 

      Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Hajah Hatipah Ibrahim, dan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rusli  Yusoff, Ketua Wanita Bahagian UMNO, Senator Hajah Rohani Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman,  Mohd Hisham  Zuber,  dan Pengerusi JKKK Kampung Bakau Tinggi,  Ahmad Fauzi Abdul Wahab.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

[email protected]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply