IKBN BANDAR PENAWAR PENERAJU KURSUS INDUSTRI MINYAK DAN GAS
IKBN Bandar Penawar Peneraju Kursus Industri Minyak dan Gas
Disediakan oleh:
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2012 – “Selaras dengan perjanjian persefahaman (MoU) di antara KBS bersa…
Full Description
IKBN Bandar Penawar Peneraju Kursus Industri Minyak dan Gas
Disediakan oleh:
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2012 – “Selaras dengan perjanjian persefahaman (MoU) di antara KBS bersama Petronas Malaysia yang telah diadakan pada bulan Ogos 2012 yang lalu, pengambilan pertama bagi kursus dalam bidang industri minyak dan gas akan dilaksanakan pada tahun 2013.”
“Sebagai langkah persediaan, seramai 15 orang pengajar IKBN akan menjalani Train of Trainers (TOT) selama tiga bulan dalam bidang Health & Safety Environment (HSE) di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP), Batu Rakit, Terengganu yang bermula hari ini.”
“Kementerian juga bercadang untuk membuat pengambilan pertama seramai 100 orang pelajar pada tahun 2013 dan keutamaan akan diberikan kepada anak-anak tempatan yang mempunyai kelayakan dalam Sijil Kemahiran Malaysia (Teknikal).”
Dato’ Razali berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said (Pengerang) di Dewan Rakyat.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat