info PENYAKIT FOWL CHOLERA
PENYAKIT FOWL CHOLERA Keadaan ayam Fowl Cholera (Lihat Gambar) * Kematian tinggi pada anak dan dewasa * cenderung muncul pada lokasi/reban yang sama. * Disebabkan oleh bakteria ETIOLOGI * Bakteria Pasteurella multocida (P. multocida). * Penyakit ini dapat menyerang semua umur namun yang sering terjadi adalah pada ayam usia 6 minggu ke atas. * Penyakit […]
Full Description
PENYAKIT FOWL CHOLERA
Keadaan ayam Fowl Cholera (Lihat Gambar)
* Kematian tinggi pada anak dan dewasa
* cenderung muncul pada lokasi/reban yang sama.
* Disebabkan oleh bakteria
ETIOLOGI
* Bakteria Pasteurella multocida (P. multocida).
* Penyakit ini dapat menyerang semua umur namun yang sering terjadi adalah pada ayam usia 6 minggu ke atas.
* Penyakit disebabkan oleh faktor cuaca, ayam tidak diberi antibiotik.
* Penyerabarannya dapat juga terjadi disebabkan tikus dan lalat.
PENEMUAN KLINIKAL
* Ayam lesu, nafsu makan berkurang
* Sesak nafas dan kadang-kadang berdengkur
* Terdapat lendir keluar dari paruh dan hidung
* Hati dan pedal membengkak
* Mula-mula najis berwarna putih, kemudian kekuningan dan akhirnya berwarna hijau
* Induk-induk ayam berhenti bertelur
DIAGNOSIS
* Pengasingan ayam yang dijangkiti
* Lihat cara permakanan dan punca air minuman
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Menjaga kebersihan reban.
* Pemeriksaan berjadual kumpulan pembiak
* Beri antibiotik. Biasanya dalam 3 hari ayam akan sembuh, tapi jika tidak sembuh, dan seandainya tidak terlalu merugikan, ayam yg dijangkiti sebaiknya dimusnahkan dengan membakar agar tidak terjadi penularan penyakit.
Tags/Keywords