Kak Pah Agen Hartanah Selangor Kuala Lumpur
KAK PAH..RUMAH NI DAH ADA STRATA KE?ahhh sudah..ape pulak benda ni..selalu tgk dekat tv je..tak pernah nak ambik tau..hahaha Ble dah jdi REN kena la belajar..meh nak share.. Strata berasal daripada perkataan Stratified. Bermaksud pecah dan jeniskan. Dalam kes hartanah, ianya bermaksud Pecah Lot. Ingat tak korang kalau ada orang nak beli tanah, dia akan […]
Full Description
KAK PAH..RUMAH NI DAH ADA STRATA KE?ahhh sudah..ape pulak benda ni..selalu tgk dekat tv je..tak pernah nak ambik tau..hahaha
Ble dah jdi REN kena la belajar..meh nak share..
Strata berasal daripada perkataan Stratified. Bermaksud pecah dan jeniskan.
Dalam kes hartanah, ianya bermaksud Pecah Lot.
Ingat tak korang kalau ada orang nak beli tanah, dia akan tanya dah buat pecah lot tak ? Apa yang dia maksudkan ialah, dah dapat Strata Title tak ?
Sebelum strata title atau sebelum pecah lot, gabungan semua blok adalah terletak di bawah satu title yang besar, dipanggil Master Title.
LBH MUDAH LAGI MASTER TITLE VS STRATA
Master Title = Satu kotak Pizza Domino’s yang mempunyai 8 bahagian.
Strata Title = Sekeping pizza Domino’s daripada 8 bahagian
Kenapa kita perlukan Strata Title?
Ianya penting kerana dengan Strata title itu barulah kita mempunyai hak-hak dan keistimewaan tertentu sebagai tuan tanah, sepertimana yang tertakluk dalam Akta Hakmilik Strata 1985-pindaan 2007
Contoh : apt,flat boleh menubuhkan JMB untuk jaga apt,flat atau kondo korang ni, kalau ada
Hakmilik Strata (bangunan bertingkat) atau Hakmilik individu (Landed Prop) (sama aje) dikeluarkan oleh Pejabat Tanah berkenaan.
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.
Mana lagi lama proses tukarnama, beli yang ada Hakmilik Strata atau Hakmilik Bersama ?
– Bergantung kepada keadaan.
Utk Master title – SPA akan bermula pada tarikh pemilik tanah/pemaju (Master Title) memberikan kebenaran (consent).
Utk Hakmilik Individu/Strata – SPA bermula pada tarikh di stem
#kakpahagenthartanah
0139881406
Category
Tags/Keywords