KAYUHAN CERGAS MINGGUAN KBS
KAYUHAN CERGAS MINGGUAN KBS
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
[email protected]
PUTRAJAYA, 17 JANUARI 2013 – Pelumba basikal trek negara, Azizul Hasni Awang adalah diantara 40 peserta yang menga…
Full Description
KAYUHAN CERGAS MINGGUAN KBS
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
PUTRAJAYA, 17 JANUARI 2013 – Pelumba basikal trek negara, Azizul Hasni Awang adalah diantara 40 peserta yang mengambil bahagian di dalam program kayuhan cergas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejauh 24 kilometer mengelilingi bandar Putrajaya petang tadi.
Program yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ini adalah program kedua yang diperkenalkan KBS dalam usaha melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas. Program Kayuhan Cergas ini akan diadakan pada setiap Rabu mulai jam 5.00 petang dengan berlainan laluan di sekitar bandar pentadbiran ini.
Program ini adalah cetusan idea Menteri Belia dan Sukan sendiri yang selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Negara bagi menggalakkan penglibatan ramai masyarakat dalam kegiatan sukan dan kecergasan. Pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk mempromosi Gaya Hidup Aktif dan Cergas dengan bersukan serta menjadikan Putrajaya sebagai Kota Mesra Belia melalui program kecergasan dan sukan.
Hujan yang turun disepanjang laluan tidak menghalang kesemua peserta menamatkan kayuhan tersebut yang ternyata memberi pengalaman dan pendedahan tentang keindahan Putrajaya. Menurut sumber, warga KBS serta peminta-peminat berbasikal dipelawa untuk menyertai program ini setiap minggu. Untuk tujuan program, Basikal Bukit (Mountain Bike) dan topi keselamatan berbasikal akan disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan manakala mana-mana peserta yang ingin atau akan menggunakan basikal sendiri, amat dialu-alukan dan semua peserta diingatkan untuk memakai topi keselamatan.
Mereka yang berminat boleh untuk mendapatkan keterangan menghubung dengan Mohd Uzaini Mohamad Sani di talian 03 – 8871 3172 / 012 – 7600 467 atau Nik Mohd Fitra Wan Jaffar di talian 03-8871 3179 / 012-7591 958.
Disunting oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
.