KBS CADANG PENJENAMAAN SEMULA BUKIT KIARA
KBS CADANG PENJENAMAAN SEMULA BUKIT KIARA
Oleh : Nurul Asfahlina Mohamed Johari, Unit Komunikasi Korporat KBS
[email protected]
BUKIT BINTANG, 6 NOVEMBER 2012 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang mahu menjenamakan semula B…
Full Description
KBS CADANG PENJENAMAAN SEMULA BUKIT KIARA
Oleh : Nurul Asfahlina Mohamed Johari, Unit Komunikasi Korporat KBS
BUKIT BINTANG, 6 NOVEMBER 2012 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang mahu menjenamakan semula Bukit Kiara sebagai Pusat Akademi Badminton di Malaysia bagi memartabatkan sukan ini selaras dengan pencapaiannya di peringkat antarabangsa.
” Penjenamaan semula ini memerlukan tempoh selama dua tahun sebelum menjadi Pusat Akademi Badminton sepenuhnya. Hal ini kerana, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum menjenamakan Bukit Kiara sebagai Pusat Akademi Badminton di Malaysia kerana susun atur kawasan ini merupakan perkongsian beberapa jenis sukan iaitu bola jaring dan boling padang ” ujar Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek kepada pemberita selepas melancarkan laman sesawang rasmi bagi Konfiderasi Badminton Asia ( BAC) di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara di sini hari ini.
” Sememangnya perancangan dan perbincangan telah dibuat bagi mencari penempatan baharu untuk sukan yang bertapak di Bukit Kiara, malah pelbagai pihak terlibat bagi penjenamaan semula Bukit Kiara ini seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ” ujarnya.
Majlis pagi juga melibatkan perasmian kepada pengoperasian pejabat baharu BAC di Stadium Badminton Kuala Lumpur .
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)