KBS GUNAKAN PENDEKATAN “DARI BELIA UNTUK BELIA”
KBS GUNAKAN PENDEKATAN “DARI BELIA UNTUK BELIA”
Oleh : Tajul Ariffin B Jamaludin @ Yusof ( Bahagian Dasar dan Perancangan Stratgeik KBS )
[email protected]
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2012 – “Kementerian Belia da…
Full Description
KBS GUNAKAN PENDEKATAN “DARI BELIA UNTUK BELIA”
Oleh : Tajul Ariffin B Jamaludin @ Yusof ( Bahagian Dasar dan Perancangan Stratgeik KBS )
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2012 – “Kementerian Belia dan Sukan telah merancang, merangka dan melaksanakan pelbagai program belia tidak kira sama ada di dalam bandar mahu pun di luar bandar.”
“Program yang dilaksanakan di luar bandar adalah bersesuaian dengan budaya, sosioekonomi dan demografi golongan belia bagi sesuatu kawasan. Selain itu, pelaksanaan program yang lebih berfokus adalah melalui pendekatan strategik rakan kongsi kita yang utama iaitu persatuan belia di sesuatu kawasan luar bandar. Kementerian menggunakan pendekatan ‘Dari Belia Untuk Belia’ dalam melaksanakan sesuatu program.” Ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu ketika menjawab soalan lisan daripada wakil Arau, Dato’ Ismail Kassim di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Dato’ Ismail, pihaknya mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengadakan program-program yang lebih berfokus terutamanya di kawasan luar bandar.
Menurut Senator Gan, jumlah keseluruhan peruntukan KBS bagi Negeri Perlis adalah sebanyak RM1,138,410.00 melibatkan sebanyak 123 program Belia dan Sukan dengan penyertaan seramai 32,905 orang.
“Majlis Belia Negeri Perlis juga telah menerima bantuan pentadbiran daripada KBS sebanyak RM100,000.00 pada tahun 2012 berbanding RM50,000.00 pada tahun 2011 iaitu kenaikan 100 peratus.”
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )