KONVOI KEMBARA 1MALAYSIA BIKE WEEK 2012 CATAT THE BIGGEST SUPERBIKE GATHERING DAN LARGEST SUPERBIKE EXPEDITION
KONVOI KEMBARA 1MALAYSIA BIKE WEEK 2012 CATAT THE BIGGEST SUPERBIKE GATHERING DAN LARGEST SUPERBIKE EXPEDITION
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
[email protected]
PUTRAJAYA, 11 NOVEMBER 201…
Full Description
KONVOI KEMBARA 1MALAYSIA BIKE WEEK 2012 CATAT THE BIGGEST SUPERBIKE GATHERING DAN LARGEST SUPERBIKE EXPEDITION
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
PUTRAJAYA, 11 NOVEMBER 2012 – Konvoi Kembara 1Malaysia Bike Week 2012 telah mencapai sasaran untuk menghimpun 5000 buah motosikal berkuasa tinggi di Dataran Istana kehakiman, Putrajaya hari ini.
Bilangan terakhir yang berdaftar dengan pihak sekretariat adalah sebanyak 6630 motosikal dengan 7740 peserta yang turut serta dalam 18km Konvoi Putrajaya bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak.
Konvoi yang bermula 6 November lalu melalui beberapa persinggahan antaranya Jasin, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bahru, Georgetown dan hari ini merupakan Majlis Penutup Konvoi kembara 1Malaysia Bike Week 2012 anjuran Superbikes Association of Malaysia (SAM) dengan kerjasama Media Prima Berhad.
Konvoi sejauh 1,828km itu berakhir di Putrajaya dengan pengiktirafan The Largest Superbikes Gathering dan The Largest Superbikes Expedition oleh Malaysia Book of Record (MBOR).
Konvoi ini juga bertujuan untuk kutipan derma yang dilakukan di setiap tempat persinggahan untuk disalurkan kepada rakyat Rohingya di Myanmar.
Selain untuk mempromosikan industri permotoran di Malaysia, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara para penunggang motorsikal berkuasa tinggi tanpa mengira latar belakang agama, bangsa juga fahaman politik.
Ia juga bertujuan memupuk para belia bahawa sukan permotoran adalah hobi yang berfaedah dan boleh menjadi satu kerjaya professional jika dirancang dengan baik.
Turut serta dalam majlis penutup serta Konvoi Putrajaya 18km adalah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Malaysia juga Dato’ Johan Jaafar; Pengerusi Media Prima Berhad.
Disunting oleh : Haji Sulaiman Abd Manan, Unit Komunikasi Korporat