LAWATAN KE INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)
LAWATAN KE INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)
Disediakan oleh : MOHD IKHWAN BIN MOHD RAZULLY, Bahagian Pembangunan Belia
m.ikhwan@kbs,gov.my
KUALA LUMPUR, 6 NO…
Full Description
LAWATAN KE INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)
Disediakan oleh : MOHD IKHWAN BIN MOHD RAZULLY, Bahagian Pembangunan Belia
m.ikhwan@kbs,gov.my
KUALA LUMPUR, 6 NOV 2012 : Seramai 26 orang peserta program Perdana Leader Fellowship telah menyertai lawatan sambil belajar bangunan Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi melihat sendiri peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membangunkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang di hormati serantau dunia.
Lawatan ke IDFR disambut oleh Pegawai Khas Ketua Pengarah Institut iaitu Puan Nadhirah Mohamad Zanudin. Peserta dibawa ke bilik Triti dan diberikan taklimat oleh Cik Romaizan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Kanan, dari Bahagian Latihan IDFR berkenaan peranan IDFR dalam memberikan latihan serta kursus kepada Pegawai-Pegawai Diplomatik serta penjawat awam di dalam bidang-bidang yang ditawarkan. Peserta juga turut berkesempatan untuk mengajukan berapa soalan berkaitan peranan IDFR kepada YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR dan Ambassador Aminahtun Haji. A.Karim, Timbalan Ketua Pengarah, IDFR.
Menurut salah seorang peserta Perdana Leader Fellowship, En. Bushan Radhiburman M.K Mathavan, “ Saya amat kagum dengan peranan yang dimainkan oleh IDFR dalam melatih diplomat-diplomat Malaysia, latihan dan kursus yang dikendalikan oleh institut tersebut memang padat dan bertaraf antarabangsa sehingga perkhidmatannya diiktiraf oleh diplomat dari luar negara”.
Lawatan diteruskan lagi ke Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang bersebelahan Kuala Lumpur Sentral. Peserta dibawa ke Bilik Mesyuarat Jepun bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cik Zuraini Mustapha,Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Penggalakan Pelaburan Tempatan, MIDA. Peserta diberi penerangan tentang fungsi-fungsi MIDA dalam Sektor Pengilangan dan Perkhidmatan. Fungsi MIDA termasuklah dari segi promosi, penyelidikan dan pembangunan, Pemantauan dan Penilaian.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat