MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA – PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM/PPT)
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA – PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM/PPT)
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Kemahiran
KUANTAN, 12 OKTOBER 2012 – Pada tahun ini, pihak KBS telah menerima sebanyak 4,695 …
Full Description
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA – PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM/PPT)
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Kemahiran
KUANTAN, 12 OKTOBER 2012 – Pada tahun ini, pihak KBS telah menerima sebanyak 4,695 permohonan dan sehingga kini seramai 1715 orang peserta telah berjaya memperolehi SKM pada tahap 1, 2 atau 3 merangkumi pelbagai bidang kemahiran seperti bidang automotif, personel, hospitaliti, spa serta kecantikan dan lain-lain lagi. Pada kali ini seramai 706 orang telah berjaya di tawarkan sijil manakala selebihnya masih dalam proses penilaian.
Program Belia Mahir 1 Malaysia ini telah diperkenalkan bermula pada tahun 2010 dalam usaha Kementerian mengarusperdanakan kemahiran melalui persijilan tunggal Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Ia selari dan bertepatan dengan misi kerajaan kearah menuju sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi merialisasikan hasrat ini, negara memerlukan sebanyak 33 peratus pekerja mahir berbanding 28 peratus sedia ada.
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke 10 bermula 2011 hingga 2015, sebanyak 1.5 juta pekerjaan baru akan di wujudkan. Daripada jumlah tersebut 80 peratus adalah dalam sektor perkhidmatan dan daripada jumlah ini, 71 peratus (1.03 juta pekerjaan) terdiri daripada pekerjaan yang memerlukan tenaga mahir, 22 peratus (311 ribu pekerjaan) separa mahir dan 7 peratus (107 ribu pekerjaan) tidak mahir.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat