MAMAPRIDE SELUAR BERSALIN IPOH

MAMAPRIDE SELUAR BERSALIN IPOH

BERSALIN DAN PRIVASI: BERMULANYA MAMAPRIDE Oleh Dr Afnan Ibnu Khaldun Saya dan isteri adalah doktor. Kelebihan ini diguna untuk saya sambut sendiri kelahiran anak pertama dan ketiga. Bagi anak kedua dan keempat saya bantu rakan nurse dan doktor perempuan menyambut kelahiran anak kerana kurang “confident” masa tu… 😉 Alhamdulillah, oleh kerana saya kenal staf-staf bilik […]



Advert ID #89137

Full Description


Nur Afreen Rahim's photo.

BERSALIN DAN PRIVASI: BERMULANYA MAMAPRIDE

Oleh Dr Afnan Ibnu Khaldun

Saya dan isteri adalah doktor. Kelebihan ini diguna untuk saya sambut sendiri kelahiran anak pertama dan ketiga. Bagi anak kedua dan keempat saya bantu rakan nurse dan doktor perempuan menyambut kelahiran anak kerana kurang “confident” masa tu… 😉

Alhamdulillah, oleh kerana saya kenal staf-staf bilik bersalin, privasi kami terasa “eksklusif”. Anak disambut dengan yakin. Apabila terhasilnya Mamapride selepas kelahiran anak ketiga, untuk anak keempat, isteri saya memakai Mamapride hasil usaha suaminya!

Saya bukanlah orang pertama yang fikirkan Mamapride! Tetapi ia idea Prof Madya Dr Harmy Mohd Yusoff yang kini menjadi pensyarah di UNISZA.

Detik awal saya tercebur dalam penghasilan seluar ini adalah apabila saya “boring” berada di atas kapal Bunga Mas 5 di Teluk Aden, Somalia. Lantas saya ambil kepingan-kepingan kertas dan dicantum menjadi rangka seluar bersalin dengan meniru bentuk seluar saya sendiri- seluar lelaki….macam-macam lah kan doktor Afnan ni! (begitulah adat orang yang bosan atas kapal).

Kerja “cantum-mencantum” itu juga terdetik kerana saya berasa amat bertanggungjawab ke atas Privasi ibu-ibu diluar sana. Mereka tidaklah bertuah seperti saya yang mampu menyambut sendiri kelahiran anak.

Saya dapat rasakan bahawa dibenak fikiran Puan-puan bahawa:
-malunya bersalin dengan doktor lelaki, tetapi terpaksa….
-apa perasaan suami saya jika tahu ada doktor lelaki yang periksa laluan saya…
-betulkah hospital tidak cukup doktor perempuan?
-tiadakah mereka yang prihatin?
-bersalin Di Rumah je lah, Siti Maryam bersalin sorang-sorang je. Kucing bersalin pun selamat!

Di Kota Bharu misalnya, jika anda mampu pergi ke Hospital Swasta pun, majoriti doktor pakar sakit perempuan adalah doktor lelaki! Tidak mudah menjadi pakar sakit Puan apatah lagi jika doktor itu mempunyai anak-anak… percayalah kerana itu adalah cita-cita asal isteri saya…

Di hospital kerajaan pula, anda boleh cuba minta doktor perempuan, namun tertakluk kepada jadual semasa kerana kesibukan di sana. Bukan hendak takutkan, tetapi ini realiti….

Saya risaukan anda menjadi seperti sesetengah ibu-ibu dan suami yang ambil risiko kerana malu, bersalin dirumah… Para suami, ketahuilah bahawa bersalin ini jika tidak bernasib baik, isteri Tuan boleh turun darah, tiba-tiba tidak bernafas (embolism), bayi tidak keluar dan lemas, koyak rahim dan sebagainya… Saya pernah melihat ibu yang berlaku pendarahan sehingga kami terpaksa memasukkan air sementara menunggu darah, dan darah yang keluar begitu cair hinggakan bewarna pink! Saya terduduk terjelepuk masa tu!

Maka, demi mengelakkan kejadian buruk dari berlaku dan prihatinnya kita kepada Privasi Tuan-Puan, maka kami usahakan Mamapride! Seluar bersalin mesra aurat!

Saya hanya berharap, Privasi Tuan dan Puan terjaga dengan lebih baik disamping mengurangkan pendedahan Aurat!
——————————–
Kini mamapride membuat potongan harga khas sempena menyambut Ramadhan ini sebanyak 25% iaitu RM 89 sahaja! ( harga biasa RM 119)!

Postage
+rm6 SEM / +rm10 SS

Berminat??
Hubungi 012-3576008 (afreen) laju-laju!!!

**Gambar: mamapride kertas dan zaman dahulu…

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)



Tags/Keywords

MAMAPRIDE

Kedai / shop location (lokasi kedai) listed as per on the address / map to go there (alamat / peta) here offers variety of product to sell item for sale (barang untuk dijual) and services offered by the company (syarikat jual barang dan perkhidmatan) to the customers. Shop office branch selling cheap stuff (barang murah in rm) and best deal services in malaysia. Some of ads (iklan) Here shows the Business product dealer outlet with promotion best price & rate.(Cawangan pejabat / Kedai barangan murah di malaysia. Produk perniagaan beserta harga promosi pembekal barang terbaik) The opening hours or business hours (waktu operasi buka) from am to pm stated on the shop. Normal office hour will be from 8am-5pm. Any time extention depends on the store or shop. You can contact the shop owners for more info to buy or get the services. This is just a listing to promote the info. Any thing please email us at admin at sz.my.

Leave a Reply